Seorang pengurus pusat peranginan Resort Tanjung Sutera, Tanjung Sedili di Kota Tinggi Johor ditahan reman selama empat hari kerana membenarkan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di surau resort itu.

Lelaki berumur 45 itu ditahan di resort berkenaan jam 1.30 petang semalam dan hadir di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi hari ini.

Menurut laporan Berita Harian surau yang digunakan oleh penganut Buddha itu didapati mempunyai arah kiblat salah dan ayat al-Quran yang digantung juga salah.

Selepas pemeriksaan, Jabatan Agama Johor(JAJ) membuat pendedahan tersebut bersama Mufit Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin dan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut.

Noh berkata, mengikut perkiraan, kiblat surau itu berada dalam kedudukan 280 darjah dimana arah sepatutnya ialah 292.5 darjah.

Beliau juga berkata, kalimah syahadah yang digantung tidak cukup huruf dan barisnya.

Keputusan akan dilakukan selepas siasatan dilakukan dibawa Seksyen 7(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 iaitu menhina agama Islam atau Islam dipandang hina.

Pemilik resort berkenaan ditahan berikutan tersebarnya video yang bertajuk 'Surau dijadikan tokong Buddha di Johor' selama 85 saat yang dilaman social Youtube dan Facebook.

Garis panduan membina surau oleh MAIJ:

• Dibina atas tanah wakaf.
• Pembinaan perlu mendapat kebenaran dan rujukan MAIJ menerusi Pejabat Kadi Daerah.
• Mempunyai ukuran kiblat yang betul.
• Pemantauan dilakukan dari aspek kebersihan dan ayat suci yang digantung dalam surau.
• Mempunyai pengelola/jawatankuasa/orang bertanggungjawab mengurus surau.
• Mempunyai bilal dan imam.