awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus syarikat bersubahat dengan abang ditahan SPRM

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2019
08:34 MYT
Pengurus syarikat bersubahat dengan abang ditahan SPRM
Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 28 (1) (c) ASPRM 2009. - Astro AWANI
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pengurus syarikat kerana disyaki bersubahat dengan abangnya yang merupakan seorang profesor di sebuah universiti tempatan berhubung kerja-kerja pembekalan barangan bernilai kira-kira RM160,000, hari ini.
Suspek berusia 48 tahun itu ditahan pada kira-kira pukul 12.50 tengah hari di pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberikan keterangan.
Menurut sumber, suspek disyaki melakukan perkara tersebut bermula September 2011 hingga November 2012.
Difahamkan, suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth pada pukul 8.30 pagi Khamis.
Pada 30 Oktober lalu, abang suspek yang bertugas sebagai Pengarah sebuah Jabatan di universiti terbabit mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan salah guna kuasa dan kedudukannya mendapatkan suapan dengan meluluskan syarikat suspek untuk membekalkan barangan bagi jabatan tempat beliau bekerja.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.
Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 28 (1) (c) ASPRM 2009.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#Mahkamah Sesyen
#Malaysia
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan