awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus syarikat kargo rugi RM693,000 terperdaya pelaburan dalam talian

Bernama
Bernama
09/07/2025
15:15 MYT
Pengurus syarikat kargo rugi RM693,000 terperdaya pelaburan dalam talian
Polis berkata lelaki berusia 70 tahun itu melihat iklan pelaburan melalui aplikasi Facebook pada Mac lepas dan menekan pautan yang diberikan sebelum berhubung dengan suspek wanita melalui aplikasi WhatsApp. - Foto hiasan
GEORGE TOWN: Seorang pengurus sebuah syarikat kargo kerugian RM693,000 selepas terperdaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan keuntungan lumayan baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata lelaki berusia 70 tahun itu melihat iklan pelaburan melalui aplikasi Facebook pada Mac lepas dan menekan pautan yang diberikan sebelum berhubung dengan suspek wanita melalui aplikasi WhatsApp.
"Mangsa telah dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak 100 peratus dalam tempoh 48 jam dan bermula 4 Jun hingga 3 Julai, lelaki itu membuat 12 transaksi pembayaran ke lima akaun bank berbeza," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata warga emas itu hanya menyedari menjadi mangsa sindiket penipuan apabila tidak menerima keuntungan yang dijanjikan malah suspek memintanya membuat bayaran tambahan bagi membuat pengeluaran.
Mohd Alwi berkata mangsa kemudian tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, dekat sini semalam dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengurus syarikat kargo
#rugi
#pelaburan dalam talian
#polis pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan