awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus syarikat rugi lebih RM100,000 akibat pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
04/01/2025
09:08 MYT
Pengurus syarikat rugi lebih RM100,000 akibat pelaburan tidak wujud
Mangsa ditawarkan dengan pelaburan daripada sebuah syarikat dikenali Clearbridgeleader.com melalui aplikasi WhatsApp pada September lepas. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang pengurus syarikat mengalami kerugian RM156,424 akibat terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 56 tahun itu ditawarkan dengan pelaburan daripada sebuah syarikat dikenali Clearbridgeleader.com melalui aplikasi WhatsApp pada September lepas.
Beliau berkata, mangsa telah dijanjikan mendapat pulangan lumayan hingga 20 peratus setiap bulan sekiranya melabur dalam tukaran mata wang asing dengan pelaburan sebanyak RM10,000.
"Terperdaya dengan keuntungan tersebut, mangsa telah melakukan 18 kali transaksi berjumlah RM156,424.73 ke empat akaun bank berbeza sepanjang tempoh 26 Sept hingga 18 Disember. Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM7,000 untuk mengeluarkan keuntungan daripada pelaburan itu.
"Sumber kewangan adalah wang simpanan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, Yahaya menasihati orang ramai untuk membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan secara dalam talian dan tidak mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa rugi
#sindiket penipuan
#scam
#pelaburan tidak wujud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan