awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus syarikat rugi lebih RM260,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
19/07/2025
03:20 MYT
Pengurus syarikat rugi lebih RM260,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa melakukan 16 transaksi ke dalam dua akaun bank berbeza bermula 25 April hingga 4 Julai. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM262,669 selepas terperdaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan keuntungan lumayan baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu semalam, selepas mangsa yang berusia 39 tahun menyedari telah ditipu.
"Mangsa memaklumkan kejadian bermula pada April lepas apabila dia terlihat satu iklan pelaburan saham yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat melalui pautan di aplikasi WhatsApp.
"Tertarik dengan tawaran itu, mangsa melakukan 16 transaksi ke dalam dua akaun bank berbeza bermula 25 April hingga 4 Julai, membabitkan jumlah keseluruhan RM262,669," katanya dalam kenyataan.
Mohd Sohaimi berkata mangsa kemudiannya diminta membuat bayaran tambahan bagi proses pengeluaran keuntungan pelaburan, namun tidak menerima sebarang pulangan.
Beliau berkata mangsa mula menyedari ditipu apabila segala usaha untuk mendapatkan semula wang pelaburan itu gagal.
"Siasatan awal menggunakan platform Semak Mule oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mendapati satu daripada akaun bank yang digunakan dalam transaksi itu mempunyai satu rekod laporan polis membabitkan kes penipuan pelaburan.
"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis juga akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan penglibatan akaun 'keldai' dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pemilik akaun terlibat," katanya.
Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terperdaya dengan sebarang tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat.
Beliau juga mengingatkan orang ramai untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan individu atau syarikat yang menawarkan pelaburan melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta menggunakan portal Semak Mule sebelum melakukan sebarang transaksi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tawaran pelaburan tidak wujud
#pengurus syarikat
#pulangan lumayan
#Mohd Sohaimi Ishak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan