awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus syarikat rugi RM2.08 juta, terperdaya skim pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
25/03/2025
13:30 MYT
Pengurus syarikat rugi RM2.08 juta, terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa berusia 52 tahun itu menyertai pelaburan berkenaan pada Ogos lepas apabila dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang ditadbir individu bernama Charles. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Seorang pengurus syarikat mengalami kerugian RM2.08 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa berusia 52 tahun itu menyertai pelaburan berkenaan pada Ogos lepas apabila dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang ditadbir individu bernama Charles.
Beliau berkata sebagai modal pelaburan, mangsa telah diminta membuat sembilan transaksi pembayaran ke sembilan akaun bank berbeza berjumlah RM2.08 juta.
"Mangsa tampil membuat laporan polis selepas mula menyedari ditipu apabila diminta membuat pelbagai bayaran tambahan sekiranya ingin mengeluarkan keuntungan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hussein berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran pelaburan di media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengurus syarikat
#rugi
#skim pelaburan tidak wujud
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan