awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakisan pantai Batu Ferringhi, Tanjong Bungah: JPS laksana langkah mitigasi
PM Anwar setuju ujian diagnostik kemasukan Tahun Satu tidak dilaksana
ATAM kerjasama dengan pemain industri di Krabi, bangunkan asnaf Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurusan COVID-19: PAC panggil Ka Siong Khamis depan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
14/09/2023
06:30 MYT
Pengurusan COVID-19: PAC panggil Ka Siong Khamis depan
Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC membuat keputusan itu selepas selesai tiga prosiding dan berpendapat perlu adanya prosiding keempat.
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong untuk prosiding Pengurusan Wabak COVID-19.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC membuat keputusan itu selepas selesai tiga prosiding dan berpendapat keperluan mengadakan prosiding keempat.
Menurutnya, prosiding itu dijadualkan pada 21 September depan dengan PAC akan turut memanggil bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.
“PAC memerlukan keterangan dan penjelasan daripada YB Datuk Seri Wee memandangkan nama beliau disebut dalam prosiding sebelum ini.
“Untuk berlaku adil kepada beliau, PAC mendengar penjelasan YB Datuk Seri Wee.
“Tetapi saya tidak akan mendedahkan atas sebab apa memadangkan prosiding PAC tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 85 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Surat panggilan mesyuarat kepada saksi-saksi ini akan dikeluarkan hari ini, dan saya mohon supaya saksi-saksi berkenaan hadir bagi membantu PAC melengkapkan siasatan terhadap isu ini,” katanya.
Tambahnya, prosiding itu adalah berkaitan Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Personal Protective Equipment (PPE).
Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen pada Khamis.
Dalam pada itu, beliau berkata PAC sebulat suara bersetuju untuk memulakan prosiding ke atas Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).
“Tajuk bagi prosiding ini akan ditentukan kemudian dan PAC dijangka memulakan prosiding berhubung isu ini pada minggu kedua, mesyuarat ketiga, Parlimen ke-15 2023,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Mas Ermieyati
#Wee Ka Siong
#PAC
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan