awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia catat jualan eksport RM45.4 bilion daripada misi perdagangan PM 2025
AS naikkan duti import kenderaan bermotor, tarif timbal balas ke atas Korea Selatan
UUM, LHDN Kedah teroka kerjasama strategik dalam akademik dan percukaian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakisan pantai Batu Ferringhi, Tanjong Bungah: JPS laksana langkah mitigasi

Bernama
Bernama
27/01/2026
03:50 MYT
Hakisan pantai Batu Ferringhi, Tanjong Bungah: JPS laksana langkah mitigasi
Hakisan di pantai Batu Ferringhi membimbangkan walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang meletakkan bentangan beg pasir di sepanjang pantai itu. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah hakisan tanah di pesisir pantai Tanjong Bungah dan Batu Ferringhi, yang merupakan destinasi popular di Pulau Pinang.

Ringkasan AI
  • JPS mengambil tindakan atasi hakisan di Tanjong Bungah dan Batu Ferringhi, Pulau Pinang, destinasi pelancongan popular.
  • Tindakan termasuk laporan teknikal dan penambahan beg pasir untuk kawasan-kawasan tertentu.
  • Projek pembinaan outfall diluluskan dengan peruntukan RM61 juta untuk mengurangkan hakisan jangka panjang, menjadikan kawasan pantai lebih selamat dan menarik.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata kerajaan negeri mengambil perhatian serius isu itu yang memberikan kesan pada keindahan pantai, keselamatan pengunjung serta aktiviti pelancongan setempat.
"Bagi menangani isu hakisan di kawasan pesisir pantai Tanjong Bungah yang melibatkan pantai Hotel Mercure, Skyhome Apartment dan Chinese Swimming Club, JPS telah menyiapkan laporan teknikal berkenaan hakisan dan seterusnya dalam usaha untuk memohon peruntukan bagi melaksanakan tindakan mitigasi segera.
"Untuk kawasan pesisir pantai Hotel Bayview, Lone Pine, Golden Sands dan Shangri-La di Batu Ferringhi, JPS akan melaksanakan tindakan mitigasi jangka pendek, iaitu penambahan beg pasir," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zairil berkata JPS juga telah mengemukakan permohonan peruntukan bagi 2026 melalui kerajaan Persekutuan sebagai usaha berterusan untuk mengurangkan kesan hakisan di beberapa lokasi yang dikenal pasti terjejas.
Beliau berkata kerajaan Persekutuan turut meluluskan Projek Pembinaan Outfall dan Struktur Mencegah Hakisan Pantai dengan peruntukan sebanyak RM61 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK2) Rolling Plan 5 (RP5), sebagai langkah mitigasi jangka panjang.
Zairil berkata projek itu bertujuan mengurangkan kadar hakisan di sepanjang pesisir pantai serta memastikan kawasan pantai kekal selamat, stabil dan berdaya tarikan sebagai destinasi pelancongan utama.
Mengulas kemajuan semasa projek itu, beliau berkata kerja-kerja ukur hidrografi di tapak telah siap dilaksanakan pada Dis 2025, manakala proses pelantikan perunding kini sedang dijalankan oleh JPS dan dijangka dimuktamadkan pada hujung Februari 2026.
"Pelaksanaan kerja-kerja fizikal akan dimulakan selepas pelan reka bentuk terperinci disiapkan sepenuhnya," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata JPS kini sedang melaksanakan Kajian Semula Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu Negeri Pulau Pinang (ISMP) yang dijangka siap pada suku ketiga 2027.
Beliau berkata kajian itu bertujuan menjadi panduan kepada kerajaan negeri dalam mengenal pasti pantai-pantai yang berisiko mengalami hakisan supaya perancangan dan pelaksanaan langkah pencegahan dapat dilakukan secara berperingkat, lebih sistematik dan menyeluruh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Pengairan dan Saliran
#pulau pinang
#hakisan pantai
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan