awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tempoh perkhidmatan Mufti Perak berakhir semalam
Program Memfail Borang Nyata 2026 kini boleh diakses - LHDN
Dapur Siswa, MADANI ResQ Pek bantu pelajar UUM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Pengurusan logistik jadi perkara utama" - Negara peneraju vaksin COVID-19

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
18/02/2021
07:33 MYT
"Pengurusan logistik jadi perkara utama" - Negara peneraju vaksin COVID-19
Prof. Dr Manaf AlQahtani dan Dr Farida Al Hosani sependapat, pengurusan logistik yang baik akan memastikan tiada vaksin yang terbuang atau melewati tempoh selamat. - Foto Twitter
KUALA LUMPUR:Pengurusan logistik menjadi perkara paling penting dalam memastikan program vaksinansi COVID-19 sesebuah negara itu berjalan lancar.
Selain itu, pengurusan logistik yang baik akan memastikan tiada vaksin yang terbuang atau melewati tempoh selamat.
Anggota Jawatankuasa Menangani COVID-19 Bahrain, Prof. Dr. Manaf AlQahtani mengakui, para petugas perlu cekap dalam mengendalikan sebarang masalah yang timbul terutama melibatkan isu logistik.
"Dengan kepelbagaian jenis vaksin dan logistik, kami telah melatih para petugas untuk mengendalikan logistik dengan baik terutama melibatkan beberapa pengeluar untuk pastikan tiada vaksin yang terbuang.
"Menerusi vaksin Pfizer, kami telah memvaksin hampir 45 peratus daripada stok yang dimiliki tanpa ada yang terbuang, termasuk vaksin tidak aktif (Sinopharm), juga tiada yang terbuang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi diskusi perkongsian oleh negara-negara yang telah menjalani kempen vaksinasi COVID-19 anjuran Atlantic Council, baru-baru ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Penyakit Berjangkit, Pusat Kesihatan Awam Abu Dhabi, Dr Farida Al Hosani berkata, kerjasama peringkat antarabangsa menjadi asas dalam menjamin kelancaran proses vaksinansi di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
"Pemimpin UAE sentiasa bekerjasama antara memastikan kelangsungan vaksin kepada masyarakat dan kerjasama dengan komuniti antarabangsa dalam memastikan ia turut disalurkan ke negara lain.
"Kami menjalin kerjasama dengan negara lain untuk menyokong logistik vaksin kerana UAE mempunyai infrastruktur, jaringan antarabangsa dan fasiliti simpanan yang kukuh.
"Kami juga merupakan hab serantau banyak syarikat farmaseutikal vaksin bagi penggunaan komersial," katanya pada sesi satu jam itu.
Topic Berkaitan
#UAE
#Bahrain
#COVID-19
#pengurusan vaksin
#logistik vaksin
#penyakit berjangkit
#Sinopharm
#Pfizer
#kesihatan
#kesihatan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan