MALAYSIA
Pengusaha diberi tempoh hingga Oktober hentikan jualan vape di Perak
A. Sivanesan (foto) berkata tempoh itu diberikan sebagai langkah peralihan bagi membolehkan pengusaha terbabit membuat persediaan sebelum larangan berkenaan dikuatkuasakan sepenuhnya. -Gambar fail/Bernama
IPOH: Kerajaan Negeri Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik, atau vape, untuk menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan lesen menjual produk itu di negeri berkenaan.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak Datuk A. Sivanesan berkata tempoh itu diberikan sebagai langkah peralihan bagi membolehkan pengusaha terbabit membuat persediaan sebelum larangan berkenaan dikuatkuasakan sepenuhnya.
"Kita masih beri ruang sehingga Oktober ini kerana terdapat segelintir pengusaha yang masih memegang lesen jualan rokok elektronik yang belum luput tempoh... jadi, kita harap mereka boleh habiskan produk sekali gus menghentikan operasi penjualan sepenuhnya secara berperingkat," katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Pada 1 Okt lepas, Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pelaksanaan larangan lesen penjualan rokok elektronik di semua premis perniagaan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan bermula 1 Jan 2026 sepertimana dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.
Sivanesan juga berkata pihaknya berharap kelonggaran yang diberikan itu tidak akan disalah guna oleh mana-mana pengusaha rokok elektronik untuk meneruskan perniagaan mereka secara tidak sah.
Beliau berkata jika ada yang melanggar arahan itu, tindakan perundangan akan diambil terhadap mereka oleh pihak berwajib.
"Kita telah bagi ruang dan masa yang cukup... saya harap mereka memahami serta mematuhi larangan yang dikenakan demi kepentingan kesihatan awam dan keselamatan masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri Perak beri tempoh sehingga Oktober kepada pengusaha vape untuk hentikan penjualan sebagai langkah peralihan sebelum larangan dilaksanakan sepenuhnya.
- Pengusaha yang masih memegang lesen jualan vape yang belum luput tempoh diminta habiskan produk dan hentikan operasi penjualan secara berperingkat.
- Pihak berwajib akan ambil tindakan undang-undang terhadap pengusaha yang melanggar larangan jualan vape selepas tempoh yang diberikan.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak Datuk A. Sivanesan berkata tempoh itu diberikan sebagai langkah peralihan bagi membolehkan pengusaha terbabit membuat persediaan sebelum larangan berkenaan dikuatkuasakan sepenuhnya.
"Kita masih beri ruang sehingga Oktober ini kerana terdapat segelintir pengusaha yang masih memegang lesen jualan rokok elektronik yang belum luput tempoh... jadi, kita harap mereka boleh habiskan produk sekali gus menghentikan operasi penjualan sepenuhnya secara berperingkat," katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Pada 1 Okt lepas, Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pelaksanaan larangan lesen penjualan rokok elektronik di semua premis perniagaan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan bermula 1 Jan 2026 sepertimana dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.
Sivanesan juga berkata pihaknya berharap kelonggaran yang diberikan itu tidak akan disalah guna oleh mana-mana pengusaha rokok elektronik untuk meneruskan perniagaan mereka secara tidak sah.
Beliau berkata jika ada yang melanggar arahan itu, tindakan perundangan akan diambil terhadap mereka oleh pihak berwajib.
"Kita telah bagi ruang dan masa yang cukup... saya harap mereka memahami serta mematuhi larangan yang dikenakan demi kepentingan kesihatan awam dan keselamatan masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Perak berkaitan dengan penjualan rokok elektronik?
A: Kerajaan Negeri Perak telah memberi tempoh sehingga Oktober kepada pengusaha vape untuk menghentikan penjualannya susulan larangan lesen menjual produk itu di negeri tersebut. - Q: Mengapa Kerajaan Negeri Perak memberi tempoh sehingga Oktober kepada pengusaha rokok elektronik?
A: Tempoh itu diberikan sebagai langkah peralihan bagi membolehkan pengusaha terbabit membuat persediaan sebelum larangan penjualan rokok elektronik dikuatkuasakan sepenuhnya. - Q: Apabila larangan lesen penjualan rokok elektronik akan bermula di Perak?
A: Larangan lesen penjualan rokok elektronik di semua premis perniagaan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan akan bermula pada 1 Januari 2026, seperti yang dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri. - Q: Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya terdapat pengusaha rokok elektronik yang melanggar larangan tersebut?
A: Sivanesan menyatakan bahawa tindakan perundangan akan diambil terhadap mana-mana pengusaha rokok elektronik yang melanggar larangan penjualan vape di Perak oleh pihak berwajib. - Q: Mengapakah Kerajaan Negeri Perak memberikan kelonggaran kepada pengusaha rokok elektronik?
A: Kelonggaran diberikan dengan harapan agar pengusaha yang masih memegang lesen jualan vape yang belum luput tempoh dapat menghentikan operasi penjualan mereka secara berperingkat sebelum larangan penuh dikuatkuasakan.