awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha inap desa warga Australia cedera parah ditetak

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2019
01:32 MYT
Pengusaha inap desa warga Australia cedera parah ditetak
Suspek dipercayai mengeluarkan parang serta mengejar dan menetak mangsa akibat rasa tidak puas hati susulan satu perselisihan faham. - Gambar hiasan
Seorang pengusaha inap desa warga Australia cedera parah ditetak dengan parang selepas berlaku perselisihan faham dengan seorang lelaki berhampiran Kampung Kiwoi di Tamparuli, dekat sini, pada Khamis.
Mangsa, 46 tahun, yang berkahwin dengan warga tempatan itu, mengalami kecederaan parah di bahagian tangan, belakang dan kepala dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, menurut laporan Bernama.
Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Dzulbaharin Ismail berkata, siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek berkenaan.
"Ia menyebabkan suspek tersebut berasa tidak puas hati lalu mengeluarkan parang dan mengejar dan menetak mangsa," katanya.
Beliau dipetik berkata, selepas mangsa ditetak, suspek berusia 30-an itu bertindak melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk rawatan.
Menurut Dzulbaharin, polis sedang giat menjalankan operasi mengesan suspek dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Australia
#cedera
#Dzulbaharin Ismail
#Kampung Kiwoi
#mangsa
#parang
#polis
#selisih faham
#siasatan
#suspek
#Tamparuli
#Tetak
#Tuaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan