awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha makanan digesa jangan ambil remeh isu alam sekitar

Bernama
Bernama
06/08/2020
02:44 MYT
Pengusaha makanan digesa jangan ambil remeh isu alam sekitar
AHMAD MASRIZAL: Tanggungjawab menjaga alam sekitar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja tapi tanggungjawab kita bersama. -Gambar fail
Pengusaha makanan digesa agar tidak mengambil remeh kepentingan penjagaan alam sekitar terutamanya berkaitan penyelenggaran sistem perangkap lemak, minyak dan gris (FOG).
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang bulan Mac dan Jun, terdapat sekitar 20,000 insiden melibatkan paip pembetungan awam tersumbat disebabkan FOG.
Menurut beliau, perkara itu yang melibatkan premis penjualan makanan yang menghasilkan sisa FOG akan menyebabkan paip pembetungan tersumbat dan air sisa kumbahan yang tersekat akan melimpah ke lurang-lurang pembetungan sekali gus mencemarkan sumber air dan sungai.
"Tanggungjawab menjaga alam sekitar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja tapi tanggungjawab kita bersama," katanya dalam ucapan perasmian pada majlis tandatangan perjanjian perkhidmatan pengosongan sistem perangkap lemak, minyak dan gris antara Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) dengan Nusa Baiduri Sdn Bhd.
Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman, Pengerusi Nusa Baiduri Sdn Bhd Datuk Sulaiman Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium Narendran Maniam dan Pengarah Urusan Nusa Baiduri Sdn Bhd Shamsul Fahmi Mohamad Padzli.
Mengulas mengenai perjanjian perkhidmatan itu, Narendran berkata IWK akan melaksanakan perkhidmatan pengosongan perangkap FOG untuk premis Republic Damansara Heights yang berada di bawah pengurusan Nusa Baiduri untuk tempoh tiga tahun.
"Kami akan memastikan sisa FOG dirawat dengan betul sebelum dilupuskan di tempat yang ditetapkan, ini selaras dengan komitmen kami dalam melaksanakan perkhidmatan pembetungan secara efisien dalam operasi dan penyelenggaraan sistem pembetungan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Masrizal Muhammad
#FOG
#Indah Water Konsortium
#IWK
#Nusa Baiduri
#paip pembetungan awam tersumbat
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#sistem perangkap lemak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan