Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor

Menurut polis, mangsa mendakwa telah berurusan dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp dan dimaklumkan perkhidmatan mereka diperlukan untuk satu majlis di IPK Johor semalam. - Foto hiasan
JOHOR BAHRU: Dua pengusaha makanan dan katering kerugian RM8,800 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan pembekalan makanan dan cenderamata tidak wujud yang menggunakan nama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
Ringkasan AI
- Dua pengusaha makanan dan katering di Johor rugi RM8,800 akibat sindiket penipuan menggunakan nama IPK Johor untuk menipu mereka menerusi aplikasi WhatsApp.
- Mangsa percaya tawaran perkhidmatan itu sah kerana diberikan salinan dokumen palsu dan membuat bayaran ke akaun bank suspek sebelum menyedari penipuan.
- Ketua Polis Johor menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada terhadap tawaran pembekalan makanan dan cenderamata melalui panggilan telefon atau media sosial, serta perlu membuat pengesahan dengan agensi berkenaan sebelum mempercayai sebarang tawaran.
"Mangsa percaya tawaran itu benar kerana diberikan salinan dokumen pesanan kerajaan sebagai bukti dan telah menyediakan makanan berbungkus serta membuat bayaran pembelian cenderamata ke akaun bank diarahkan suspek," katanya.
Ab Rahaman berkata mangsa yang membuat penghantaran di IPK Johor menyedari ditipu apabila dimaklumkan tiada tempahan makanan dibuat selain gagal menghubungi suspek dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pembekalan makanan dan cenderamata melalui panggilan telefon atau media sosial.
Orang ramai juga perlu sentiasa berwaspada dan membuat pengesahan melalui talian rasmi agensi yang berkenaan sebelum mempercayai tawaran diterima.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


