Skip to main content

Dunia

Tentera AS lantik pegawai siasat serangan sekolah di Iran - Ketua Pentagon

A participant holds a sign during a protest to condemn the U.S. and Israeli attacks on Iran and commemorate students killed in a strike on a girls' primary school in Minab in southern Iran on February 28, in front of the U.S. embassy in Seoul, South Korea, March 12, 2026. REUTERS/Kim Soo-hyeon
Satu laporan baru-baru ini menyatakan siasatan awal tentera AS merumuskan bahawa tentera Amerika bertanggungjawab ke atas serangan pada 28 Feb terhadap sekolah rendah berkenaan, yang mengorbankan lebih 170 orang. - Foto REUTERS/Kim Soo-hyeon

WASHINGTON: Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) telah melantik seorang pegawai dari luar markas itu untuk menyiasat serangan maut ke atas sebuah sekolah di Iran, kata Ketua Pentagon Pete Hegseth pada Jumaat.

"Saya boleh melaporkan bahawa CENTCOM telah melantik seorang pegawai penyiasat untuk melengkapkan siasatan markas," kata Hegseth dalam satu sidang media bersama Pengerusi Ketua Turus Bersama Jen. Dan Caine, lapor  Anadolu Ajansi.

Advertisement

Hegseth berkata pegawai penyiasat berkenaan adalah seorang pegawai berpangkat jeneral dari luar CENTCOM, iaitu markas yang memantau operasi ketenteraan di Asia Barat dan sebahagian Asia.

Satu laporan baru-baru ini menyatakan siasatan awal tentera AS merumuskan bahawa tentera Amerika bertanggungjawab ke atas serangan pada 28 Feb terhadap sekolah rendah berkenaan, yang mengorbankan lebih 170 orang.

"Siasatan markas akan mengambil masa selama yang diperlukan untuk menangani semua perkara berkaitan insiden ini," kata beliau.

Hegseth menegaskan bahawa AS "tidak pernah" menyasarkan orang awam. "Kami tidak menyasarkan (orang awam). Iran yang melakukannya. Kami akan menyiasat. Kami akan mencari kebenaran dan akan berkongsinya apabila sudah diperoleh," katanya.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video