awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha, pengguna kenderaan mikromobiliti diingatkan patuhi peraturan - JPJ

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
12/06/2022
08:21 MYT
Pengusaha, pengguna kenderaan mikromobiliti diingatkan patuhi peraturan - JPJ
Bahagian Keselamatan Jalan Raya (BKJR) telah melakukan advokasi kepada pengguna mikromobiliti di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 11 dan 12 Jun 2022. - Gambar Facebook/JPJ
KUALA LUMPUR : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihatkan semua pengusaha dan pengguna kenderaan mikromobiliti untuk mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
Susulan itu, Bahagian Keselamatan Jalan Raya (BKJR) telah melakukan advokasi kepada pengguna kenderaan berkenaan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 11 dan 12 Jun 2022.
Langkah itu selaras dengan penguatkuasaan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) berhubung Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikrombiliti Tertentu 2021).
"Kenderaan Mikromobiliti adalah kenderaan yang dipacu oleh sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia atau gabungan sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia dan mempunyai kelajuan maksimum 50 km/j.
"Secara amnya, kenderaan mikromobiliti dalam kategori Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA) adalah dilarang penggunaanya di atas jalan atau mana-mana bahagian jalan, termasuk di lintasan pejalan kaki," kata JPJ dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menerusi advokasi itu, pengguna mikromobiliti di kawasan terlibat dinasihatkan agar tidak menggunakan kenderaan tersebut di jalan-jalan raya, sebaliknya tiada halangan penggunaannya di kawasan yang dibenarkan seperti kawasan rekreasi.
Ia bagi mengelakkan serta mengurangkan risiko daripada berlakunya kemalangan di jalan raya.
Sebelum ini, MOT mengumumkan larangan penggunaan tiga jenis kenderaan mikromobiliti iaitu Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA) di atas jalan raya.
Topic Berkaitan
#JPJ
#kenderaan mikromobiliti
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#BKJR
#Kementerian Pengangkutan
#MOT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan