Persatuan Pengusaha Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menyambut baik pengumuman penurunan harga minyak yang diumumkan kerajaan bermula tengah malam ini (Sabtu 5 Januari), selepas kerajaan mengambil kira kerugian margin yang terpaksa ditanggung oleh pengusaha stesen minyak.
Walau bagaimanapun, Presidennya Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz menjangkakan kerugian sebanyak RM40 juta terpaksa ditanggung oleh pengusaha stesen minyak seluruh negara.
“Untuk penurunan 14 sen dan 27 sen petrol malam ini, memandangkan baki stok, industri peruncitan petroleum akan hilang antara RM30 hingga 40 juta di semua stesen. Semua pengusaha akan terus bersabar. Tapi kami yakin ini keputusan terbaik kerajaan. Pengumuman ini beri kesimbangan kepada semua," ujar beliau.
BACA: Harga RON95, RON97 turun 27 sen
Tambah Khairul Annuar, kemelut penetapan harga minyak mingguan juga dijangka perlu diperhalusi.
PDAM jelasnya memohon agar pintu perbincangan masih dibuka.
“Setiap kali naik, kita tempah banyak. Tetapi syarikat minyak nak hantar minyak pada hari selepas itu. Harga bila turun, terbalik.
"Kita tak nak beli mahal dan jual murah. Setiap minggu kita akan ada isu antara kami dengan pihak logistik pengangkutan. Nak hantar kadang-kadang lori tak ada kerja.
"Yang terakhir merumitkan kami, paras bekalan tak sama. Kerugian kami adalah apabila harga yang turun lebih banyak daripada harga naik, sebab tak ramai isi minyak.
"Secara keseluruhan, kita rugi (apabila) harga turun selalu," ujar beliau.
Fareez Azman
Fri Jan 04 2019
Menurut Khairul Annuar (tengah), kemelut penetapan harga minyak mingguan juga dijangka perlu diperhalusi. - Astro AWANI
Bayi lelaki baru lahir ditemukan di belakang rumah
Polis sedang menyiasat seorang wanita berusia lingkungan 20-an berkaitan penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di Machang, pada Ahad.
Selangor lancar 'Ehsan Mart', tawar harga lebih murah
Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) hari ini melancarkan pembukaan pasar raya ‘Ehsan Mart’ yang menawarkan harga barangan asas pada kadar 10 hingga 15 peratus lebih rendah berbanding di pasaran.
'Blueprint STEM' di masukkan ke dalam NSS
Pelan Tindakan Bakat Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) Pulau Pinang yang dilancarkan pada Ahad, akan dimasukkan ke dalam Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
PETRA, Johor pastikan bekalan air dan tenaga cukup bagi pelabur
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan bekerjasama erat dengan kerajaan Johor bagi memastikan bekalan air dan tenaga mencukupi untuk keperluan pelabur di negeri ini.
1,080 taska dikenal pasti tidak berdaftar - KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengenal pasti 1,080 taska di seluruh negara yang tidak berdaftar menerusi operasi pemutihan yang dilaksanakan mulai September tahun lalu.
Kod tatalaku focus tiga isu jenayah
Jenayah penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah pengantunan atau seksual terhadap kanak-kanak merupakan antara perkara yang diberi tumpuan dalam membangunkan Kod Tatalaku platform media sosial yang dijangka siap bulan depan.
Malaysia juara, tewaskan Lubnan 1-0 di final
Malaysia kembali menjulang trofi Pestabola Merdeka 2024 apabila menewaskan Lubnan 1-0 dalam aksi final pada Ahad malam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 September 2024.
Jong Un umum pangkalan baharu tentera laut, perkukuh ketenteraan
Korea Utara memerlukan sebuah pangkalan tentera laut yang baharu memandangkan negara itu sedang membina kapal perang dan kapal selam yang lebih besar.
Houthi dakwa tembak jatuh dron MQ-9 buatan Amerika
Kumpulan Houthi Yaman mendakwa menembak jatuh satu lagi dorn MQ-9 buatan Amerika yang berada di ruang udara negara itu.
Apa punca sebenar harga minyak turun? Ini penjelasan pakar ekonomi
Kejatuhan harga minyak mungkin bagus bagi pengguna, namun kesan kepada kerajaan adalah sebaliknya kerana ia akan mengurangkan lagi pendapatan kerajaan.
Harga petrol, diesel kekal
Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel untuk minggu ini kekal, menjadikan harganya tidak berubah untuk lima minggu berturut-turut.
Harga RON95 naik satu sen, RON97 kekal
Harga runcit bahan bakar petrol RON 95 naik satu sen walaupun harga diesel menunjukkan penurunan satu sen pada minggu kedua bulan Mac.
Harga minyak kekal tidak berubah bagi Mei
Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.