awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga belut maut, gerai dirempuh kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
26/02/2024
21:20 MYT
Peniaga belut maut, gerai dirempuh kereta
Rohaya memangku anak bongsunya sambil menunjukkan gambar arwah suami ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Pasir Mas. - Foto Sinar Harian
PASIR MAS: Seorang peniaga belut maut selepas gerai miliknya dirempuh oleh sebuah kenderaan yang dipercayai cuba memotong dalam kejadian di Kampung Padang Licin, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang pada Isnin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu mangsa, Mohd Arif Said, 44, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Isterinya, Rohaya Abdullah, 45, berkata, sebelum kejadian arwah suami ada menunjukkan perubahan sikap namun tidak menyedarinya.
"Suami seorang periang dan suka bercerita kepada saya dan anak-anak. Namun, sejak kebelakangan ini, dia banyak mendiamkan diri.
"Paling saya terasa apabila suami langsung tidak menghiraukan ajakan kami untuk mencari kelengkapan persekolahan.
"Jika sebelum ini dia lah yang paling beria bila melibatkan kepentingan anak-anak," katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Pasir Mas, di sini.
Rohaya yang mempunyai tiga anak berusia tiga hingga 10 tahun itu, mengakui masih terkejut dengan kejadian tersebut.
Ujarnya, suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Sangkut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#peniaga belut maut
#kereta rempuh gerai
#Pasir Mas
#kenderaan cuba memotong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan