awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga, beruk peliharaan maut dipanah petir

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
10/11/2016
08:35 MYT
Peniaga, beruk peliharaan maut dipanah petir
Seorang jiran sedang menunjukkan bangkai beruk peliharaan mangsa yang mati disambar petir.
Seorang peniaga maut disambar petir ketika sedang mengupas kulit buah kelubi di sebuah bangsal di luar rumahnya di Tanah Puteh, di sini, pada petang Rabu.
Mangsa, Mohamad Samsudin Muda, 52 tahun, ditemukan dalam keadaan terbaring dekat bangsal berhampiran rumah kira-kira jam 7 petang semalam.
Turut maut seekor beruk jantan peliharaannya yang diikat di bawah pokok di tepi bangsal berkenaan.
Isteri mangsa, Norazila Mohamed Nor, 38, berkata sekitar jam 7 petang semalam, suaminya ditemukan oleh anak perempuannya, Nor Syazwani, 10, dalam keadaan terbaring kaku di bawah bangsal ketika hujan lebat.
"Saya dapat tahu dalam pukul tujuh lebih, masa anak yang Tahun 4 telefon kepada Along dia yang bekerja di 7-Eleven di hadapan SMK Tengku Indera Petra 1.
"Dia kata, Along baliklah, dah puas kejutkan abah, tetapi abah tak bangun. Baliklah Along, takut ni, dia kata. Abah tak mahu bangun, abah pejam mata.
"Anak saya yang sulung pun baliklah, pergi tengok. Arwah sudah terguling atas bangsal depan rumah," katanya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat kesan terbakar pada perut, dada dan rambut mangsa.
Mayat mangsa telah dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tanah Puteh pada 11 pagi Khamis.
Rajab Ahad turut menasihatkan penduduk supaya tidak berada di luar rumah ketika hujan lebat bagi mengelakkan risiko disambar petir.
Topic Berkaitan
#beruk jantan
#kupas kulit buah kelubi
#maut disambar petir
#Norazila Mohamed Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan