awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamas sahkan kematian Abu Ubaidah
Melaka perkukuh agenda tenaga hijau, laksana projek solar di bumbung parkir UTC
JPNIN lepasi sasaran dengan pencapaian 301 Rukun Tetangga Progresif - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga dakwa rugi RM139,500 ditipu Macau Scam

Bernama
Bernama
05/10/2021
02:21 MYT
Peniaga dakwa rugi RM139,500 ditipu Macau Scam
Mangsa juga diarahkan memindahkan wang miliknya ke akaun sementara diberikan 'pegawai polis' itu sehingga siasatan selesai.
KUANTAN: Seorang peniaga mendakwa kerugian RM139,500 akibat diperdayakan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis dan kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akhir bulan lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 50 tahun mendakwa menerima panggilan telefon pada 25 Sept daripada seorang wanita kononnya pegawai LHDN di Melaka.
"Suspek (wanita) mendakwa syarikat ditubuhkan mangsa mempunyai tunggakan cukai, yang dinafikan mangsa menyebabkan wanita itu menghubungkan panggilan itu kepada seorang suspek lelaki kononnya pegawai polis di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka bagi membantu mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Wazir berkata 'pegawai polis' itu kemudian memaklumkan syarikat di bawah nama mangsa turut terlibat dengan siasatan kes jenayah dan mangsa perlu menyerahkan maklumat peribadi serta perbankan bagi tujuan semakan untuk 'membersihkan' wang mangsa.
Selain itu, mangsa juga diarahkan memindahkan wang miliknya ke akaun sementara diberikan 'pegawai polis' itu sehingga siasatan selesai, yang dilakukan mangsa menerusi 11 transaksi secara dalam talian bermula 27 Sept hingga semalam.
Beliau berkata mangsa mula berasa curiga apabila 'pegawai polis' itu enggan menjawab jangkaan masa untuk wangnya dikembalikan semula selain semakin mendesak supaya lebih banyak transaksi pemindahan wang dibuat.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Ruan, Raub semalam dan siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Macau Scam
#tunggakan cukai
#LHDN
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan