awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas sahkan kematian Abu Ubaidah

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
29/12/2025
15:04 MYT
Hamas sahkan kematian Abu Ubaidah
Abu Ubaidah (Huthaifa) dilaporkan terbunuh dalam satu serangan udara yang dilancarkan ke atas Gaza pada Ogos lalu.
KUALA LUMPUR: Pasukan pejuang Hamas hari ini mengesahkan jurucakap sayap bersenjatanya, Abu Ubaidah, serta pemimpin Gaza ketika itu, Mohammed Sinwar, terbunuh dalam perang di Gaza tahun ini.
Pada masa sama, Hamas menerusi sayap bersenjatanya, Briged Izz al-Din al-Qassam, turut memperkenalkan jurucakap baharu pasukan pejuang itu.
Dalam ucapan rakaman yang disiarkan di media Arab, jurucakap baharu berkenaan mendedahkan bahawa pendahulunya, yang dikenali dengan nama samaran Abu Ubaidah, ialah Huthaifa Samir al-Kahlout.
Jurucakap baharu itu, yang identitinya masih tidak diketahui, turut menggunakan nama samaran yang sama.
Perkembangan itu menandakan kali pertama Hamas secara rasmi mengesahkan identiti Huthaifa.
Abu Ubaidah (Huthaifa) dilaporkan terbunuh dalam satu serangan udara yang dilancarkan ke atas Gaza pada Ogos lalu.
Kematian beliau diumumkan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, yang menyatakan Abu Ubaidah sudah 'dihapuskan' dalam operasi ketenteraan yang menyasarkan kawasan Rimal di Bandaraya Gaza.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Hamas
#Gaza
#abu ubaidah
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan