awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga diberi amaran tidak naikkan harga barang kawalan

Bernama
Bernama
03/09/2013
23:00 MYT
Peniaga diberi amaran tidak naikkan harga barang kawalan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi amaran kepada semua peniaga agar tidak menaikkan harga barang kawalan sesuka hati berikutan kenaikan harga minyak RON 95 serta diesel sebanyak 20 sen seliter mulai Selasa.
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata seramai 1,845 pegawai penguat kuasa di seluruh negara serta 1,701 pegawai pemantau harga sudahpun melakukan pemantauan bagi memastikan tiada peniaga memanipulasi kenaikan harga minyak.
Beliau berkata kementerian amat tegas dalam menangani masalah itu dan bertindak berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
"Saya akan memberi nasihat terlebih dahulu kepada peniaga yang ingkar, tetapi kalau tidak ikut, saya akan beri amaran dan mengambil tindakan kalau masih berdegil," katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek kepada tujuh penerima di sini Selasa.
Hasan juga berkata kenaikan harga barangan tidak sepatutnya berlaku kerana dari segi bekalan, semuanya mencukupi.
Topic Berkaitan
#amaran
#KPDNKK
#minyak naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan