KUCHING: Peniaga dinasihatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan jualan mereka susulan pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April lepas.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pembukaan sempadan semestinya akan merancakkan sektor ekonomi dengan kedatangan pengunjung dari luar sekali gus meningkatkan permintaan terhadap barangan tertentu dalam pasaran.
"Apabila kita buka sempadan orang asing akan datang melawat dan memang permintaan barangan akan meningkat seperti barang makanan juga barangan lain.
"Sebab itu kita rayu pada peniaga jangan ambil peluang mengaut keuntungan yang tidak berpatutan kerana ini satu kesalahan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Pantau 2022 di sini hari ini.
Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April dan membuka semula sempadan negara selepas dua tahun hidup dibayangi pandemik COVID-19.
Sementara itu, Nanta berkata kementeriannya akan mempertingkatkan penguatkuasaan dan pemantauan pada bulan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini menerusi Ops Pantau 2022.
Katanya, Ops Pantau bertujuan memastikan pengguna berada dalam keadaan selesa dan mudah mendapatkan bekalan makanan serta keperluan harian pada harga yang munasabah.
"Ops Pantau 2022 ini akan dilaksanakan secara seragam di seluruh negara dengan lokasi tumpuan seperti bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar raya dan kedai runcit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 03 2022
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kanan) meninjau harga barangan keperluan asas selepas melancarkan Ops Pantau dan Talian Aduan sempena Bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitiri di Kuching. - Foto Bernama
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Tiada faktor semula jadi dikenal pasti menyebabkan runtuhan - Alexander
Jabatan Kerja Raya (JKR) bagaimanapun akan menjalankan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kejadian itu.
Kementerian Kerja Raya akan teruskan polisi sedia ada - Alexander
'Saya adalah minister for all, not just for Sarawakians'
Mesyuarat Kabinet akan bincang isu harga siling ayam - Alexander
Persatuan mengemukakan cadangan, mewakili pihak industri untuk diketengahkan dalam mesyuarat di peringkat kerajaan.
Peniaga diingat jangan ambil kesempatan naik harga barang - Nanta Linggi
Pembukaan sempadan semestinya akan merancakkan sektor ekonomi dengan kedatangan pengunjung dari luar sekali gus meningkatkan permintaan terhadap barangan tertentu dalam pasaran.
Lapan jenis barangan disenarai dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan
Sebanyak lapan jenis barangan harga terkawal akan dikuatkuasakan melibatkan kategori ayam, sayur, daging kambing dan daging babi.
Siapa Timbalan Ketua Menteri Sarawak? Itu prerogatif Abang Jo - Alexander
Setiausaha Agung Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan pemilihan jemaah menteri ini merupakan prerogratif Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pembukaan pejabat NIOSH di Kapit penuhi keperluan latihan tenaga kerja projek mega
Pembukaan ini akan memenuhi keperluan ribuan tenaga kerja yang terlibat dalam pembangunan projek infrastruktur mega seperti pembinaan Empangan Hidroelektrik Baleh.
PRN Sarawak: Jika benar SPR longgarkan SOP, itu keputusan terbaik - Nanta
Nanta yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga berharap agar pelaksanaan kempen dari rumah ke rumah dapat dilaksanakan menjelang PRN12.
Peningkatan CPO jejas perbelanjaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak
Kerajaan akan melihat kepada beberapa kaedah dalam memastikan bekalan minyak masak sawit kekal dijual secara runcit dengan harga yang tidak membebankan pengguna.
Harga baharu kit ujian pantas RTK Antigen diumum November ini
Kit ujian pantas antigen itu dijangka dapat dijual di pasar raya pada penghujung bulan ini.