awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga dilarang guna slogan 'Jualan Pra CBP' - Hassan Malek

Bernama
Bernama
12/12/2014
00:23 MYT
Peniaga dilarang guna slogan 'Jualan Pra CBP' - Hassan Malek
HASAN: Peniaga dilarang menggunakan slogan 'Jualan PraCBP' bagi tujuan mempromosi serta melariskan barang jualan mereka. -Gambar fail
Peniaga dilarang menggunakan slogan 'Jualan PraCBP' bagi tujuan mempromosi serta melariskan barang jualan mereka, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Beliau berkata tindakan sedemikian boleh mengelirukan pengguna seolah-olah harga barangan akan naik sebaik sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dilaksanakan, April tahun depan.
"Perkara ini boleh merosakkan suasana perniagaan," katanya mengulas tindakan segelintir peniaga yang mengambil kesempatan sempena jualan hujung tahun dengan menggunakan slogan tersebut.
Hasan berkata peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 kerana cuba mengelirukan pengguna.
"Pengguna boleh buat aduan bagi tindakan diambil," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan bernilai RM130,000 oleh Pasar Raya Giant kepada Briged Kesatria Muda, Pemuda Umno, di sini hari ini.
Sumbangan berbentuk barang keperluan harian itu akan diagihkan kepada negeri yang berisiko terlibat dalam banjir seperti Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Sabah, katanya.
Topic Berkaitan
#CBP
#GST
#hasan
#jualan
#pengguna
#praCBP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan