awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga diminta tidak jadikan kenaikan tol untuk naikkan harga - Fadillah

Bernama
Bernama
27/10/2015
23:30 MYT
Peniaga diminta tidak jadikan kenaikan tol untuk naikkan harga - Fadillah
FADILLAH: Faktor kenaikan kadar tol tidak boleh dijadikan alasan untuk peniaga mengaut keuntungan melampau sehingga membebankan pengguna.
Peniaga diminta tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang berikutan kenaikan kadar tol, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata faktor kenaikan kadar tol tidak boleh dijadikan alasan untuk peniaga mengaut keuntungan melampau sehingga membebankan pengguna.
"Sekiranya ada barang melebihi harga sepatutnya, pengguna perlu membuat aduan kepada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).
"Ini bagi membolehkan pemantauan dan tindakan sewajarnya diambil," katanya kepada pemberita selepas menyertai dialog 'Tol Mengimbangi Realiti, Kehendak dan Masa Hadapan' anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di sini, Selasa.
Turut serta Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda UMNO.
Fadillah berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai kenaikan kadar tol yang dijangka menambah lagi tekanan dan bebanan terhadap kos sara hidup rakyat.
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#harga barang
#kadar tol
#Menteri Kerja Raya
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan