NATIONAL
Peniaga gagal tutup sementara kedai masih diberi peluang - MB Kelantan

Jelas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, sekiranya terdapat peniaga gagal mengikuti nasihat itu, peluang akan diberikan untuk tahun yang lain. Foto: Astro AWANI
Arahan berbentuk nasihat yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan meminta peniaga menutup sementara waktu perniagaan bertujuan supaya menghormati waktu solat Tarawih sepanjang Ramadan.
Jelas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, sekiranya terdapat peniaga gagal mengikuti nasihat itu, peluang akan diberikan untuk tahun yang lain.
“Tujuan notis ini dikeluarkan adalah untuk menghormati waktu solat, bukan untuk tempoh yang lama.
“Tetapi sekiranya peniaga tidak dapat mengikuti arahan notis itu, kami beri peluang pada tahun yang lain.
“Notis ini bukalah berbentuk arahan sehingga mereka akan dikenakan dendan atau sebagainya,” jelasnya ketika ditemui pada Jumaat.
Susulan itu satu notis baharu meminta kerjasama dari peniaga dan pengusaha restoran telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan bermula Jumaat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami