Golongan peniaga di negeri ini berharap tempoh pendaftaran dan pengaktifan akaun perkhidmatan platform e-pembayaran, dapat dipercepatkan memandangkan penggunaannya yang semakin meluas dan mendapat sambutan khususnya daripada golongan muda.
Seorang pengusaha kedai gunting rambut Mohd Subhan, 26, berkata tempoh pendaftaran dan pengaktifan e-pembayaran seperti Touch 'n Go eWallet, QRPay, Boost dan GrabPay, ketika ini mengambil masa sehingga sebulan.
"Sebelum ini pengalaman saya untuk aktifkan QRPay memakan masa hingga sebulan dan ia merupakan tempoh yang agak lama, apatah lagi semua urusan hari ini dibuat menerusi dalam talian sahaja dan sepatutnya perkara itu boleh disegerakan.
"Apabila berlaku kelewatan, sedikit sebanyak memberi kesan kepada penggunaan kaedah e-pembayaran ini, kerana apabila pelanggan datang hendak membayar menggunakan kaedah itu, kita terpaksa memaklumkan ia masih dalam proses," katanya ketika ditemui Bernama di sini, pada Ahad.
Sehubungan itu beliau berharap kempen penggunaan kaedah e-pembayaran seharusnya perlu seiring, dengan kepantasan untuk mengaktifkan kemudahan itu.
Seorang pemilik sebuah kedai serbaneka Tok Pek Huang, 45, berkata beliau mengambil keputusan untuk menyediakan perkhidmatan itu di kedainya selepas mendapati ia semakin mendapat sambutan daripada pelanggannya.
"Buat masa ini memang mendapat sambutan baik daripada pelanggan terutama golongan remaja. Ia senang digunakan dan pembayaran pula dilakukan secara cepat dan 'smart'.
"Tetapi buat masa ini golongan berusia dan warga emas masih belum pandai menguasai kaedah pembayaran secara elektronik berkenaan, mungkin mengambil sedikit masa untuk mereka fahami sebelum dapat gunakannya," katanya.
Sementara itu, pekerja swasta, Intan Shahiera Marlissa Hamdan, 22, berkata penggunaan e-pembayaran ini masih kurang disediakan, di kedai-kedai berada di kawasan luar bandar seperti di Tampin.
"Saya dapati hanya kawasan bandar seperti Seremban dan Kuala Lumpur ada menyediakan kaedah pembayaran ini, jadi saya berharap peniaga di kawasan luar bandar terutama kedai runcit, juga tidak ketinggalan dalam perkara ini," katanya.
Luqman Haqim Neza, 24, yang juga seorang pekerja swasta turut mula menggunakan perkhidmatan e-dompet Touch 'n Go, sejak kerajaan memperkenalkan e-Tunai Rakyat.
"Setakat ini saya guna kaedah ini untuk tol sahaja, sebab masih belajar lagi cara nak gunakan tetapi kalau dengar perkongsian daripada kawan-kawan yang lain, mengatakan dengan menggunakan kaedah ini kita akan dapat banyak promosi, pulangan tunai dan sebagainya, jadi ia sewajarnya diperluaskan.
"Hari ini kalau pergi kedai gunting rambut pun ada yang dah boleh bayar guna e-pembayaran, ini memang sesuatu yang baharu dan amat menarik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 26 2020
Tempoh pendaftaran dan pengaktifan e-pembayaran seperti Touch 'n Go eWallet, QRPay, Boost dan GrabPay, ketika ini ambil masa hingga sebulan. - Gambar fail
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Peniaga harap tempoh aktif akaun e-pembayaran dipercepatkan
Tempoh pendaftaran dan pengaktifan e-pembayaran seperti Touch 'n Go eWallet, QRPay, Boost dan GrabPay, ketika ini mengambil masa sehingga sebulan.
Rakyat Malaysia bersedia memulakan perjalanan melalui e-dompet
Touch n Go eWallet, Boost dan Grap Pay berkata, jumlah trafik telah meningkat dengan ketara selepas program itu dimulakan pagi Rabu.