awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga ikan terlibat kes langgar lari serah diri

Bernama
Bernama
15/04/2022
21:45 MYT
Peniaga ikan terlibat kes langgar lari serah diri
Rakaman video yang tular memaparkan sebuah kereta melanggar sebuah motosikal sebelum melarikan diri di Iskandar Puteri. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang peniaga ikan yang dipercayai terlibat dalam insiden langgar lari di dua lokasi berbeza Isnin lepas, menyerah diri di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri, awal pagi Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Ibrahim Mat Som berkata lelaki tempatan berusia 31 tahun itu ditahan selepas hadir di balai polis berkenaan pada kira-kira pukul 1.45 pagi.
BACA: Polis kesan pemandu terlibat dua kes langgar lari tular
Beliau berkata dua laporan telah dibuat berhubung kejadian itu melibatkan kes pertama di Kilometer 16, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, manakala kes kedua berlaku di Persiaran Ledang Iskandar Puteri pada kira-kira 9.30 malam, yang turut tular di media sosial.
"Pemandu hadir ke balai polis dan ditahan untuk siasatan lanjut, manakala pemilik kereta Toyota C-HR berwarna merah itu telah dikesan dan mendakwa meminjamkan kereta tersebut kepada rakannya.
"Kita turut merampas kereta terbabit dan suspek telah dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru untuk direman selama dua hari bermula hari ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Terdahulu, tular dua video berdurasi 34 saat dan 23 saat di laman sosial Facebook yang memaparkan tindakan seorang pemandu memandu secara berbahaya, dipercayai di dua lokasi berbeza, sehingga terlanggar sebuah motosikal sebelum terus memecut laju meninggalkan mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peniaga ikan
#Toyota C-HR
#Ibrahim Mat Som
#Persiaran Ledang Iskandar Puteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan