awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pemandu terlibat dua kes langgar lari tular

Bernama
Bernama
14/04/2022
10:24 MYT
Polis kesan pemandu terlibat dua kes langgar lari tular
Polis sedang mengesan lelaki berkenaan untuk diambil keterangan dan membantu siasatan. - Gambar/ Media sosial
JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta Toyota C-HR berwarna merah yang disyaki terlibat dalam dua kes langgar lari di dua lokasi berbeza, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata pihaknya kini sedang mengesan lelaki berkenaan untuk diambil keterangan dan membantu siasatan.
Beliau berkata hasil semakan mendapati dua laporan telah dibuat berhubung insiden berkenaan iaitu kes pertama berlaku di Kilometer 16, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, manakala kes kedua berlaku di Persiaran Ledang Iskandar Puteri kira-kira 9.30 malam, Isnin lepas, yang turut tular di media sosial.
"Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, tular dua video berdurasi 34 saat dan 23 saat di laman sosial Facebook yang memaparkan tindakan seorang pemandu yang memandu secara berbahaya dipercayai di dua lokasi berbeza, sehingga terlanggar sebuah motosikal sebelum terus memecut laju meninggalkan mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#langgar lari
#kes tular
#kemalangan jalan raya
#Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan