Skim pinjaman mudah sudah cukup dapat membantu kata penjaja dan peniaga yang ditemui di Kampar, Perak kepada pemberita Awani.

Nasib peniaga tidak menentu berbekalkan modal kecil, apa saja dilakukan demi sesuap nasi.

Mohd Arifin Zainal atau lebih selesa dikenali sebagai Pak Mat membuka gerai menjual makanan hampir 30 tahun berhasrat ingin mengembangkan perniagaan,

Namun ia terbatas kerana sukar mendapatkan pinjaman perniagaan.

Nor Syaza yang membantu ayahnya di gerai berharap syarat peminjaman juga dapat dilonggarkan.

Begitu juga dengan Arbain ishak yang mahu kedepan dalam perniagaannya.

Sementara itu calon DUN Malim Nawar, Barisan Nasional dan DAP masing-masing bertekad mahu membantu menyelesaikan masalah berkenaan.