awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga kerugian RM30,000 diperdaya pengasas produk kecantikan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/09/2021
02:37 MYT
Peniaga kerugian RM30,000 diperdaya pengasas produk kecantikan
Suspek direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.
ALOR SETAR: Seorang peniaga wanita kerugian RM30,000 selepas diperdaya seorang pengasas produk kecantikan yang menawarkan peluang untuk mendapatkan keuntungan dengan cara memberikan suntikan modal bagi perniagaan produk kesihatan dan kosmetik.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kegiatan suspek yang juga seorang wanita terbongkar apabila mangsa telah melaburkan wang dan dijanjikan pulangan modal serta keuntungan dalam tempoh sebulan.
Beliau berkata, selepas tempoh sebulan, suspek memberi pelbagai alasan dan mangsa mengesyaki ditipu.
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Pendang pada 15 September lalu.
Susulan itu, suspek berusia 30 tahun ditahan petang semalam di hadapan kedainya di Pendang.
"Memperdaya mangsa dengan skim pelaburan untuk membuat barang kosmetik dan telah memberi wang hasil pelaburan tersebut dalam masa satu minggu.
"Selepas itu mangsa tambah lagi wang pelaburan dan seterusnya tidak dapat dibayar dan saya menasihati mereka yang telah ditipu oleh sindiket ini tampil kepada pihak polis untuk buat laporan," katanya.
Kamarul Zaman berkata, hasil siasatan mendapati polis telah menerima dua laporan polis penipuan terhadap suspek.
Suspek direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu Kamarul Zaman menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan sebarang pelaburan yang menawarkan pulangan yang lumayan bagi mengelak menjadi mangsa sindiket penipuan.
Topic Berkaitan
#scam
#diperdaya
#produk kecantikan
#tipu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan