Golongan peniaga adalah golongan yang paling ceria bila tiba musim perayaan kerana dalam tempoh inilah rezeki dapat ditangguk. Kalau tidak banyak pun, lebih sedikit dari waktu-waktu biasa.
Tidak terkecuali menjelang sambutan Deepavali minggu depan, masa yang diharapkan dapat memberikan pendapatan tambahan kepada mereka.
Namun buat segelintir peniaga di Little India, Brickfields mereka tidak senang duduk sejak kebelakangan ini. Semuanya gara-gara barang ditempah pada kuantiti yang banyak tiada tempat untuk dipamerkan.
Jika tidak dapat dipamerkan maka tiadalah jualan.
Ini berikutan permohonan untuk memasang khemah di hadapan kedai mereka tidak diluluskan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tahun ini.
“Sudah 15 tahun kami berniaga di sini dan setiap tahun kami dibenarkan meletakkan khemah di hadapan premis kami. Tetapi sekarang, kami dapat tahu keputusan ini di saat-saat akhir dan kami sudah pun membeli stok-stok barangan yang sangat banyak.” kata S. Krishnakumar, pemilik kedai kuih-muih.
Ini dipersetujui pemilik kedai pakaian, Loganathan, “Keputusan di buat pada saat akhir dan ia tidak adil kepada kami. Dimanakah kami hendak meletakkan stok-stok kami? Bagaimana kami hendak menjual semua produk-produk ini sebelum perayaan Deepavali sedangkan kami tidak mempunyai ramai pelanggan sekarang ini?”
Buat Sellapa Sivalingam yang memiliki kedai barangan kemas, keputusan dibuat pihak DBKL adalah tidak munasabah.
“Saya rasa sangat sedih. Kami hanya mahu letak khemah di hadapan kedai kami sendiri, bukan mengganggu kedai-kedai lain,” kata beliau.
“Sekurang-kurangnya maklumkan kepada kami mengenai keputusan itu dua atau tiga bulan lebih awal sebelum kami membuat tempahan kepada pembekal. Sekarang saya tidak mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan semua barang jualan saya” tambah Sellapa.
Presiden Persatuan Komuniti Perniagaan Brickfields (BBCS), V. Subramaniam berkata peniaga hanya meminta kebenaran diberikan di kawasan kedai-kedai mereka yang terletak di tengah-tengah Little India sahaja.
“Kehadiran peniaga di laluan pejalan kaki tidak memberi kesan terhadap laluan trafik serta komuniti orang buta memandangkan laluan pejalan kaki di kawasan kami luas. Beberapa kawasan lain sebenarnya yang menyebabkan masalah ini berlaku kepada pengguna jalan raya serta orang-orang buta,” tambah Subramaniam.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib ketika dihubungi Astro Awani berkata, keputusan menolak permohonan peniaga terbabit telah dibuat sebulan yang lepas dalam mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai penempatan bazaar Deepavali di Brickfields.
Mesyuarat turut dihadiri beberapa orang menteri yang berkaitan dan timbalan mereka.
Beliau berkata keputusan dibuat selepas mengambil pandangan semua pihak termasuk peniaga yang membuat aduan.
“Kami perlu membuat keputusan berdasarkan pandangan semua pihak. Ramai membantah dan tidak mahu pekedai-pekedai meletakkan gerai mereka di laluan pejalan kaki, oleh itu kami perlu memikirkan pendapat orang awam juga. Selain tu, komuniti orang buta juga merungut bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk berjalan apabila peniaga meletakkan gerai mereka di laluan pejalan kaki,” tambah beliau.
Justeru, keputusan untuk tidak membenarkan pembinaan khemah di situ akan terus kekal seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.
Beliau menasihatkan peniaga agar mematuhi keputusan dan peraturan yang telah ditetapkan.
Arfa Yunus
Fri Nov 09 2012
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Deepavali: Little India Brickfields jadi tumpuan beli persiapan akhir
Little India Brickfields terus menjadi tumpuan orang ramai mendapatkan pelbagai barangan segar serta kelengkapan lain perayaan pada harga diskaun sehingga 50 peratus sebagai persiapan akhir.
Dua lelaki didakwa bunuh rakan Bangladesh
Dua lelaki didakwa membunuh rakan, seorang warga Bangladesh di Jalan Travers, dua minggu lalu.
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
PM buat tinjauan persiapan Deepavali
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkesempatan membuat tinjauan persiapan penganut Hindu menyambut Deepavali di Brickfields malam ini.
Imigresen serbu penempatan pendatang tanpa izin dalam kontena tiga tingkat
Sebuah penempatan pendatang tanpa izin di dalam kontena tiga tingkat di Brickfields, diserbu Jabatan Imigresen, Sabtu lepas.
Polis buru suspek umpil kereta di Brickfields
Mangsa meletakkan kenderaan miliknya itu dalam keadaan berkunci di tempat kejadian sekitar jam 10 malam pada Rabu dan hanya menyedari kereta tersebut hilang pada Jumaat.
Empat lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM100,000
Dalam serbuan itu, polis menjumpai dadah jenis Methamphetamine seberat 2.01 kilogram dan heroin seberat 2.72 kilogram di beberapa premis.
Polis nafi halang individu tak lengkap vaksin masuk pusat beli-belah
Siasatan awal mendapati ada kemungkinan pelanggan tersilap membuat tafsiran terhadap penjelasan polis bantuan itu berkaitan perubahan SOP.
Tiga ditahan bantu siasatan jual vaksin COVID-19 - Polis
Polis menahan tiga warga tempatan di sekitar Putrajaya dan Brickfields, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan vaksin COVID-19 menerusi panggilan telefon secara rawak, semalam.
Projek PR1MA terbengkalai akan diteruskan semula
Shahidan Kassim berkata tiada keperluan untuk membatalkan projek itu memandangkan projek tersebut berdaya maju dan boleh dijual dengan cepat.