KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sebuah premis yang dijadikan pusat penyimpanan, pelihara dan jualan haiwan (ayam/itik) hidup dikendalikan oleh warga asing dari Myanmar pada Khamis.
Penguatkuasaan dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar menerusi Operasi Tindakan Khas Premis Perniagaan sekitar Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Selayang dekat sini.
Unit media DBKL berkata, premis berkenaan didapati telah menimbulkan kacau ganggu awam melibatkan isu kekotoran, halangan laluan dan bau busuk sekitar kawasan berhampiran.
Menurutnya, dua notis dikeluarkan selain tindakan penutupan premis turut dijalankan dalam operasi berkenaan.
"DBKL mengeluarkan satu Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan satu notis kompaun warga asing mengendalikan premis tanpa kebenaran mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.
"DBKL turut membuat tindakan penutupan serta merta (sealed) terhadap premis berkenaan melalui Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Jumaat.
DBKL berkata, sitaan barang perniagaan di premis berkenaan turut dilaksanakan dan menghantar ke Setor Sitaan DBKL untuk proses dokumentasi lanjut.
Dalam pada itu pada Isnin lalu, DBKL turut menjalankan operasi di lokasi sama membabitkan aduan awam berhubung seekor kambing dipelihara di dalam premis.
DBKL memaklumkan, siasatan mendapati laporan diterima adalah benar dan tindakan lanjut telah dipanjangkan kepada Unit Kawalan Pest.
"Hasil lawatan dan pemeriksaan susulan pada Selasa mendapati tiada lagi kambing di premis tersebut.
"Bagaimanapun terdapat ayam dan itik hidup di premis terbabitt sehingga menimbulkan kacau ganggu bau busuk.
"Susulan itu, satu notis telah dikeluarkan dan disusuli ops sitaan dijalankan dengan swpukuh ekor ayam dan tujuh itik dirampas," katanya.
Pihak berkuasa tempatan itu berkata, adalah menjadi kesalahan memelihara haiwan hidup di dalam premis di bawah Akta Kerajaan Tempatan kerana boleh menyebabkan kacau ganggu.
Justeru, DBKL mengingatkan semua pemilik premis perniagaan sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen perniagaan yang telah ditetapkan dan tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu di tempat awam. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 02 2023
Sebahagian ternakan yang disimpan di dalam sebuah premis di Pusat Bandar Utara Selayang. - Sinar Harian
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
Peniaga Myanmar pelihara ayam, itik dalam premis diambil tindakan
DBKL menyita sebuah premis yang dijadikan pusat penyimpanan, pelihara dan jualan haiwan (ayam/itik) hidup dikendalikan oleh warga asing dari Myanmar.