KOTA BHARU: Peniaga 'nasi paku' di bandar ini dilihat mula menukar kaedah pembungkusan apabila menggunakan getah bagi menggantikan logam itu.
Langkah itu diambil susulan peringatan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bahawa peniaga makanan menggunakan paku, dawai kokot atau bahan seumpama yang berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa di mahkamah.
Pembantu kedai Nasi Sumatera Haji Ismail, Mohammad Faizol Ramli, 27, berkata majikannya mula menghentikan penggunaan paku untuk pembungkusan nasi sejak Sabtu lepas (1 Januari) dan menggantikan dengan getah selepas mendapat tahu mengenai arahan dikeluarkan oleh KKM.
Katanya, perkara itu tidak menjadi masalah baginya untuk akur dengan arahan berkenaan demi menjamin keselamatan pelanggan walaupun tradisi itu telah digunakan sejak lebih 10 tahun secara turun temurun.
"Sebaik mendapat tahu mengenai perkara ini, majikan saya iaitu Syahir Ismail, 29, terus menghentikan penggunaan paku bagi pembungkusan nasi dan menggantikan dengan getah.
"Selain untuk keselamatan pelanggan, ia juga secara tidak langsung dapat menjimatkan kos iaitu getah yang jauh lebih murah berbanding penggunaan paku berharga hampir RM80 sekotak, manakala getah hanya RM8 untuk sepeket," katanya ketika ditemui Bernama di kedai Nasi Sumatera Haji Ismail, di sini hari ini.
Bercerita lanjut, Mohammad Faizol juga berpendapat pembungkusan nasi dengan menggunakan getah lebih senang berbanding paku, selain ia juga dapat mengurangkan risiko untuk tercucuk di jari.
"Setakat ini rata-rata pelanggan juga tidak mempersoalkan penggunaan getah kerana mereka sedia maklum dengan arahan KKM selain ia juga tidak menjejaskan apa-apa melainkan hanya sekadar trademark, " katanya.
Sementara itu, seorang pelanggan Anisa Ahmad, 38, yang juga seorang doktor perubatan di sebuah hospital di sini berkata, penghentian penggunaan paku itu adalah sangat baik.
"Dengan menghentikan trend yang dikatakan popular sekitar Pantai Timur ini adalah satu langkah yang baik memandangkan ia mengundang bahaya buat orang ramai terutamanya kepada kanak-kanak.
"Walaupun penggunaan paku di nasi ini dilihat sebagai tradisi, namun ia lebih baik sekiranya peniaga mengambil langkah berwaspada dengan tidak menggunakannya untuk mengelakkan kejadian tidak diingini lagi selepas ini susulan laporan dikeluarkan oleh KKM baru-baru ini," katanya.
Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mana-mana peniaga yang disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata hukuman lebih berat boleh dikenakan sekiranya bahan tersebut ditemukan dalam makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022
Pekerja Nasi Sumatera Haji Ismail, Mohammad Faizol Ramli, 27, menunjukkan nasi paku yang telah menghentikan trend popular penggunaan paku untuk membungkus nasi sebaliknya mula menggunakan getah. - Bernama
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Peniaga 'nasi paku' akur, beralih angin guna getah
Peniaga menghentikan penggunaan paku untuk pembungkusan dan menggantikan dengan getah selepas mendapat tahu mengenai arahan oleh KKM.