KUANTAN:Seorang peniaga perabot di Rompin kerugian lebih RM93,000 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam dalam kejadian yang bermula sejak pertengahan bulan lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 40 tahun itu mendakwa dirinya dikatakan terlibat dalam pengubahan wang haram selepas menerima panggilan daripada seorang individu yang mengaku kakitangan pejabat pos pada 21 Sept lalu.
"Suspek memberitahu identiti mangsa mungkin disalah guna oleh pihak lain dan menyambungkan panggilan itu kepada seorang lelaki yang mengaku anggota polis.
"Suspek kedua kemudian memberitahu mangsa kononnya nama mangsa ada dalam siasatan kes pengubahan wang haram selain ada waran tangkap. Mangsa kemudian diminta berhubung dengan seorang lagi individu yang mengaku pegawai polis.
"Suspek yang mengaku sebagai Inspektor Baharun meminta mangsa mengeluarkan wang dan memasukkan dalam satu akaun yang diberikan suspek kerana akaun mangsa akan dibekukan untuk siasatan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata suspek turut meminta pengadu merahsiakan perkara tersebut hingga keputusan daripada pihak audit sama ada wangnya terlibat dalam pengubahan wang haram atau tidak diperoleh.
Beliau berkata pada 28 Sept, mangsa dihubungi seorang lelaki kononnya daripada bahagian audit yang meminta RM20,000 sebagai jaminan ke atas akaun bank sebelum menyedari wang dalam akaunnya cuma berbaki RM80.63 pada Sabtu lepas.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin di sini semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 06 2020

Wanita berusia 40 tahun itu menerima panggilan yang menyatakan dirinya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

PRU15 |Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, parti sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: Sah! BN gerak solo pada PRU15

Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz menjelaskan di bawah semangat Keluarga Malaysia pelbagai dasar, program dan peruntukan telah kerajaan sediakan untuk golongan belia.

Dua empangan sabo akan segera dibina di Gunung Inas - Sanusi
Ia bagi memperlahankan aliran air sungai dan menyekat aliran puing yang boleh mengakibatkan berlaku fenomena kepala air di kawasan berpenduduk.

AWANI Ringkas: Anggota polis bermasalah dipindah ke Sabah, Sarawak tidak benar

Undi18 lahirkan pemimpin matang, berkualiti - Tengku Zafrul
Semakin awal golongan muda diberi hak untuk terlibat dalam proses membuat keputusan, semakin cepat mereka bersedia galas tanggungjawab sebagai pemimpin, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. #AWANInews

AWANI Ringkas: Buli Di MRSM Kuantan| Polis sahkan tiada unsur gangsterisme

Kes jenayah komersial Pahang rekod kerugian lebih RM31 juta dalam tempoh tujuh bulan
Polis Pahang merekodkan lebih RM31 juta kerugian melibatkan pelbagai kes jenayah komersial dalam tempoh tujuh bulan bermula Januari lepas, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Ketua Jururawat rugi RM16,000 ditipu Macau Scam menyamar LHDN
Mangsa yang berusia 47 tahun itu didakwa mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM200,000.

Terengganu rekod 662 kes jenayah komersial
Jenayah penipuan dalam talian menyumbang kepada bilangan kes tertinggi iaitu Macau Scam, sebanyak 143 kes.

Kes jenayah komersial catat kerugian RM46.9 juta di Kelantan
Sebanyak 2,271 kes jenayah komersial direkodkan di Kelantan sejak 2020 sehingga Jun tahun ini dengan jumlah kerugian sebanyak RM46.9 juta. P

RM1 juta wang usahawan wanita lesap diperdaya Macau Scam
Ahli perniagaan berusia 50 tahun itu ditakutkan dengan dakwaan mempunyai tunggakan cukai LHDN.

Hanya sedar jadi mangsa Macau Scam selepas hampir 3 minggu
Seorang pemandu ambulans kerugian lebih RM21,000 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan 'tunggakan' cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang tidak wujud pada 27 Jun lalu.

Jenayah komersial di N.Sembilan meningkat 6.87 peratus
Kes jenayah komersial di Negeri Sembilan meningkat 6.87 peratus dengan 839 kes direkodkan sejak Januari hingga Mei tahun ini berbanding 785 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Macau Scam: Wang pencen RM20,000 pesara KKM lesap
Kes bermula apabila mangsa menerima panggilan telefon berkenaan bungkusan barangan penghantaran ke Sabah.

Wanita warga emas rugi RM134,503 ditipu Macau Scam
Seorang wanita warga emas kerugian RM134,503 kerana menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa dia membuat pembelian wang digital bitcoin dalam kejadian baru-baru ini.

Polis Melaka kesan taktik baharu Macau Scam guna dokumen palsu
Dokumen palsu yang kononnya ditandatangani Ketua Polis Melaka itu diterima mangsa berusia 24 tahun menerusi WhatsApp semalam.