awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Bursa Malaysia ditutup rendah seiring pasaran serantau
DUNIA
Rusia, China kecam tindakan Israel langgar piagam PBB - Pembantu Kremlin
SUKAN
FAM perkenal projek 'Elite Games', fokus cungkil bakat pemain B-23
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Peniaga rugi lebih RM278,000 angkara penipuan dalam talian

Bernama
Bernama
01/05/2025
08:15 MYT
Peniaga rugi lebih RM278,000 angkara penipuan dalam talian
Mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang mengaku wakil institusi latihan kerajaan dan membuat sembilan transaksi ke lapan akaun berbeza. -Gambar hiasan/Unsplash
KUANTAN: Seorang peniaga kerugian lebih RM278,000 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian tidak wujud minggu lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang peniaga kerugian lebih RM278,000 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian tidak wujud minggu lepas.
  • Mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang mengaku wakil institusi latihan kerajaan dan membuat sembilan transaksi ke lapan akaun berbeza.
  • Mangsa menyedari diperdaya setelah gagal menghubungi suspek dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada mulanya mangsa iaitu lelaki berusia 35 tahun menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali kononnya wakil daripada sebuah institusi latihan kerajaan.
Beliau berkata suspek telah membuat tempahan barangan yang diniaga mangsa selain meminta peniaga itu membekalkan cenderahati melalui pihak ketiga yang disyorkan suspek sendiri.
"Meskipun belum menerima sebarang penghantaran bagi pesanan cenderahati, tanpa curiga mangsa telah membuat sembilan transaksi ke lapan akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan syarikat berjumlah lebih RM278,000.
"Bagaimanapun, mangsa menyedari diperdaya setelah gagal menghubungi kedua-dua suspek berkenaan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sindiket penipuan dalam talian
#institusi latihan kerajaan
#peniaga
#Cenderahati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami