awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
Pengurusan tanah perkuburan Islam di Perlis perlu segera dimantapkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga rugi lebih RM79,000 terperdaya sindiket penipuan dalam talian

Bernama
Bernama
15/08/2025
14:15 MYT
Peniaga rugi lebih RM79,000 terperdaya sindiket penipuan dalam talian
Zulkipli berkata mangsa seorang lelaki berusia 50-an, mula terperdaya selepas mengikuti siaran langsung di laman sosial Facebook yang mempromosikan cabutan kotak hadiah pada 7 Ogos lepas. - Gambar hiasan/Bernama
SIBU: Polis mengesahkan seorang peniaga tempatan kerugian lebih RM79,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata mangsa seorang lelaki berusia 50-an, mula terperdaya selepas mengikuti siaran langsung di laman sosial Facebook yang mempromosikan cabutan kotak hadiah pada 7 Ogos lepas.
"Mangsa membuat bayaran RM499 ke akaun yang diberikan untuk menyertai aktiviti itu, namun tidak memenangi sebarang hadiah. Selepas itu, mangsa menerima panggilan melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor luar negara.
"Pemanggil memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah syarikat emas dari Shanghai, China yang bakal membuka cawangan di Malaysia. Mereka akan mengadakan cabutan bertuah dalam bentuk kotak hadiah mengandungi wang tunai mata wang dolar Amerika Syarikat dan peluang menjadi rakan niaga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa bersetuju untuk membeli 80 kotak hadiah dan membuat bayaran ke akaun yang diberikan oleh suspek.
Pada 12 Ogos, mangsa menerima panggilan daripada seorang wanita yang memaklumkan kotak hadiah telah dibuka dan mangsa memenangi wang tunai USD288,888.88 (RM1,218,677.74) yang akan dipindahkan ke akaunnya pada hari sama.
Dari 7 hingga 13 Ogos, mangsa membuat 11 transaksi berjumlah RM79,499 ke dua akaun tempatan, namun tiada wang diterima dan mesej WhatsApp mangsa disekat.
"Mangsa yang curiga membuat laporan polis pada 14 Ogos dan polis mengesahkan menerima laporan itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#laman sosial
#penipuan dalam talian
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan