awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya sindiket tawaran kerja tidak wujud

Bernama
Bernama
10/07/2025
02:30 MYT
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya sindiket tawaran kerja tidak wujud
Seorang peniaga rugi lebih RM500,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan kerja tidak wujud yang ditawarkan seorang individu menerusi laman sosial Facebook pada 14 Mei lepas. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga lelaki kerugian RM500,639.50 selepas menjadi mangsa sindiket tawaran kerja sambilan tidak wujud dalam talian.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 38 tahun itu ditawarkan pekerjaan dengan komisen lumayan oleh seorang individu dikenali sebagai 'Nabila Puteri' menerusi laman sosial Facebook pada 14 Mei lepas.
Beliau berkata mangsa diminta memuat turun satu aplikasi melalui pautan yang diberikan suspek dan perlu membuat pembelian pelbagai barangan bagi memperoleh komisen tersebut.
"Pada peringkat awal, mangsa menerima komisen daripada beberapa tugasan yang diselesaikan dan berasa gembira.
"Tertarik dengan pulangan itu, mangsa kemudian membuat 38 lagi transaksi wang ke 22 akaun bank berbeza bagi pembelian seterusnya, namun tidak menerima sebarang komisen," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata mangsa yang kehilangan semua wang simpanan hasil jualan buah-buahan, barangan runcit dan lembu, membuat laporan polis pada 2.49 petang semalam.
"Selain wang simpanan, mangsa juga menggunakan dana daripada pinjaman rakan dan kad kredit. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuala Terengganu
#sindiket
#tawaran kerja tidak wujud
#hilang wang simpanan
#peniaga rugi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan