awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga tidak mahu PKP kembali dilaksanakan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
05/05/2021
23:41 MYT
Peniaga tidak mahu PKP kembali dilaksanakan
Ibarat PKP seperti menaruh garam dalam luka, mereka senada berharap PKP sepenuhnya tidak dilaksanakan. - Astro AWANI
KOTA BHARU: Peniaga bazar pakaian, peniaga kecil dan sederhana, runcit dan sebagainya di Kelantan tidak mahu Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) seperti tahun lepas kembali dilaksanakan di Kelantan susulan peningkatan kes COVID-19.
Ibarat PKP seperti menaruh garam dalam luka, mereka senada berharap PKP sepenuhnya tidak dilaksanakan.
Buat peniaga jubah di Bazar Tok Guru, Nordin Ibrahim, perkataan lockdown umpama membunuh hidup golongan peniaga yang semata-mata bergantung kepada sumber perniagaan.
“Bila lockdown, automatik kita tidak boleh buat apa kerja, apa lagi hendak cari duit. Apa yang boleh bertahan lagi, peniaga di pasar malam sudah dia tahun tidak boleh bertahan lagi.
“Untuk peniaga makanan hendak beli gandum untuk buat roti canai pun sudah tidak boleh, jual pun tidak boleh. Tetapi kalau kerajaan hendak buat lockdown juga, naya, bukan kerana COVID-19 tetapi habis duit dalam tabung.
“Kerajaan dan orang yang berpendapatan tetap tidak ada masalah sebab ada gaji dan bonus, kita ini tidak dibantu langsung,” ujarnya.
Nada sama disuarakan peniaga pakaian solat, Abdul Hadi Che Harun.
“Kalau boleh jangan dilaksanakan lockdown supaya peniaga boleh berniaga seperti biasa, sekarang untung tidak banyak mana, sebab itu naya kalau dibuat lockdown kepada rakyat yang tidak makan gaji,” katanya.
Peniaga pakaian, Sabarian Hussin juga meminta agar tidak dilaksanakan lockdown di negeri itu.
“Kalau boleh tak mahu lockdown, sekarang pun sudah susah dan tidak ada orang membeli seperti dahulu.
“Dahulu, ramai yang membeli belah bila seminggu hendak raya, sekarang tidak ada.
“Naya kalau kerajaan buat lockdown. Kerajaan kena prihatin dengan rakyat, kita sudah lama macam ini, jual kain pun tidak laku,” katanya.
Sebelum ini, ada perkhabaran yang mendakwa Kelantan antara negeri yang akan dikenakan sekatan berikutan kes COVID-19 yang meningkat serta fasiliti kesihatan yang hampir sesak.
Bagaimanapun, Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob menyangkal dakwaan bahawa kerajaan memohon sekatan tersebut, sebaliknya hanya mengemukakan laporan peningkatan kes dan situasi kritikal di Kelantan.
BACA: Bukan permohonan 'lockdown', hanya hantar laporan COVID-19
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PKP
#PKS
#peniaga
#Bazar Ramadan
#Kelantan
#lockdown
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan