awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga warga Indonesia didenda RM6,000 miliki kad pengenalan mengandungi maklumat palsu

Bernama
Bernama
28/01/2025
07:54 MYT
Peniaga warga Indonesia didenda RM6,000 miliki kad pengenalan mengandungi maklumat palsu
Tertuduh didakwa memberikan maklumat palsu ketika semakan dibuat terhadap kad pengenalan yang dimiliki.- Foto Bernama
KUANTAN: Seorang peniaga makanan wanita warga Indonesia didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad mengandungi maklumat palsu dalam satu pemeriksaan, Ahad lepas.
Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman turut memerintahkan Indah Aryani, 36, dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda. Dia bagaimanapun membayar denda itu.
Tertuduh didakwa memberikan maklumat palsu ketika semakan dibuat terhadap kad pengenalan yang dimiliki, iaitu atas seorang penama, semasa operasi dijalankan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang di Lot 24 Lorong Pak Mahat Kampung Kempadang di sini kira-kira 11 malam, Ahad lepas.
Dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JPN Pahang Burhanuddin Hamzah dan Penolong Pegawai Pendakwa Mohd Nurhisyam Mohd Sofian manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada prosiding itu, Burhanuddin memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada wanita terbabit dan masyarakat demi keselamatan serta kedaulatan negara.
Wanita itu bagaimanapun memohon hukuman ringan atas alasan menyara empat anak dengan pendapatan RM3,000 sebulan.
Mengikut fakta kes, ketika operasi dilaksanakan JPN, wanita itu telah menyerahkan pasport Indonesia atas nama Indah Aryani, namun selepas semakan cap jari dibuat nama tertuduh merujuk kepada seorang penama lain.
Siasatan lanjut oleh JPN mendapati, wanita itu telah mengaku membeli sijil kelahiran atas nama penama berkenaan dan menggunakan dokumen itu untuk mendapatkan kad pengenalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peniaga makanan
#warga Indonesia
#kad pengenalan
#maklumat palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan