LAHAD DATU: Penilaian ancaman penculikan kru untuk tebusan di Laut Sulu-Sulawesi pada ketika ini menunjukkan petanda positif iaitu daripada tahap tinggi sebelum ini kepada sederhana, kata Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos.
Beliau berkata, perkara itu berdasarkan laporan mengenai insiden pelanunan dan rompakan terhadap kapal di Asia untuk 2022 yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Regional Cooperation Agreement On Combating Piracy and Armed Robbery against Ships in Asia (ReCAAP) dari Singapura.
"Penilaian ini merupakan satu petanda begitu bagus kerana daripada tinggi kepada tahap sederhana, kalau kita tengok penculikan terakhir sekali di Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) adalah pada 15 Jan 2020," katanya kepada Bernama.
ESS Zone meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Pitas, Kota Marudu, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna serta Tawau.
Menurut Victor, ESSCOM dikoordinasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di ESS ZONE berusaha memperhebat kawalan keselamatan dalam menangani sebarang jenayah di sempadan negara dengan Filipina dan Indonesia terutama di Laut Sulu.
Dalam pada itu, beliau berkata, penjenamaan perintah berkurung kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ESS Zone Sabah serta pengecilan kawasan penguatkuasaan PKP ESS Zone memberi impak positif kepada sektor pelaburan asing serta pelancongan membawa manfaat kepada penduduk di kawasan itu.
"Kehadiran pelancong ini satu aset negara, dan saya sendiri melihat pelancong sebagai aset ESS Zone. Saya mesti jaga aset ini, ESSCOM mesti jaga, oleh itu penting untuk memberi keadaan atau situasi rasa selamat kepada semua pengunjung di ESS Zone.
"Saya percaya hari ini mereka datang sebagai pelancong dan mungkin esok mereka kembali semula sebagai seorang pelabur kerana kepercayaan terhadap keselamatan dan peluang ekonomi di pantai timur Sabah," katanya.
Sementara itu, Victor berkata, ESSCOM sedang membangunkan aplikasi keselamatan khusus untuk pelancong di ESS ZONE dan aplikasi itu dijangka diperkenalkan tahun hadapan.
Katanya, aplikasi dibangunkan itu tidak melibatkan peruntukan kerajaan dan sebuah syarikat ditugaskan mereka bentuk sekali gus membangunkan aplikasi berkenaan.
"Saya sendiri juga akan memberi pandangan kerana pengalaman yang saya ada untuk membantu membangunkan aplikasi ini," katanya.
Untuk rekod, Victor mempunyai kepakaran dalam bidang siasatan dan teknologi termasuk merupakan perintis menubuhkan Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Unit Forensik Komputer (Komputer dan Telefon bimbit) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman pada 1997.
Menurutnya, baru-baru ini beliau memberikan konsep aplikasi ini dan berbincang dengan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew yang menerima baik aplikasi itu dan jelas membantu pelancong berkaitan keselamatan.
Victor berkata, kerjasama turut diperlukan dari pihak Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah serta semua yang terlibat untuk membantu mempromosi penggunaan aplikasi keselamatan itu kepada pelancong ke ESS Zone apabila dilancarkan nanti.
"ESSCOM hanya mahu memastikan bahawa keselamatan pelancong ini terjamin, sekiranya ada masalah mereka (pelancong) boleh bagi tahu dan kita akan hantar aset terdekat, mereka boleh memasang aplikasi ini dan nyahpasang bila pulang jika mereka mahu," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023

Menurut Datuk Victor Sanjos, penilaian ancaman penculikan kru untuk tebusan di Laut Sulu-Sulawesi pada ketika ini menunjukkan petanda positif iaitu daripada tahap tinggi sebelum ini kepada sederhana. - Gambar BERNAMA

Pentadbiran Trump cadang rombakan besar Jabatan Negara AS, 132 pejabat bakal ditutup
Setiap 'undersecretary' Jabatan Negara perlu mengemukakan pelan untuk mengurangkan staf sebanyak 15 peratus.

Amaran ribut petir sehingga 6 pagi ini - MetMalaysia
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan negeri terjejas adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Pekerja kedai roti bunuh tujuh rakan sekerja dalam serangan pisau
Seorang pekerja kedai roti di Filipina membunuh tujuh rakan sekerjanya dalam serangan menggunakan pisau.

Intel, Oracle luahkan kebimbangan terhadap tarif AS dengan Malaysia - Tengku Zafrul
Syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS), Intel dan Oracle telah meluahkan kebimbangan mengenai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap operasi mereka di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagang

Hampir setengah juta pelarian Syria di luar negara kembali ke tanah air
UNHCR melaporkan, kira-kira 438,000 pelarian Syria kembali ke tanah air mereka dari negara-negara jiran.

Malaysia tegaskan komitmen terhadap keadilan, keamanan mampan buat Palestin
Malaysia terus menegaskan peranannya sebagai suara berprinsip di peringkat antarabangsa dan komitmennya terhadap keadilan buat Palestin.

MAVCOM laporkan 99 peratus aduan pada separuh kedua 2024 telah diselesaikan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.

Piala Sudirman 2025: Jun Hao, Pearly ketuai cabaran negara di Xiaman
BAM mempertaruhkan Jun Hao dan Pearly Tan bagi mengetuai cabaran skuad negara di Piala Sudirman 2025 berlangsung pada 27 April hingga 4 Mei, di Xiamen, China.

Cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang diperluas ke Tabika Perpaduan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah diperluas ke Tabika Perpaduan.

KUSKOP dalam proses gubal akta baharu perkasa koperasi tempatan - Ewon
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata kemeteriannya kini dalam proses menggubal akta koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 (Akta 502).

ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.

Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.

Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.

ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.

Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.

ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.

Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.