awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peningkatan Malaysia dalam senarai pemantauan pemerdagangan orang mudahkan akses pasaran antarabangsa - FMM

Bernama
Bernama
20/06/2023
22:00 MYT
Peningkatan Malaysia dalam senarai pemantauan pemerdagangan orang mudahkan akses pasaran antarabangsa - FMM
Thian Lai berkata reputasi pengeksport Malaysia telah dicemari oleh kedudukan Tahap 3 sebelum ini dalam laporan TIP. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Peningkatan Malaysia ke Tahap 2 Senarai Pemantauan Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) Amerika Syarikat (AS) 2023 akan membuka jalan kepada industri tempatan untuk mendapat akses yang lebih baik ke pasaran antarabangsa, kata Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM).
Laporan TIP tahunan Jabatan Negara AS yang dikeluarkan minggu lepas menyaksikan Malaysia naik kepada Senarai Pemantauan Tahap 2 daripada Tahap 3 sebelum ini.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, reputasi pengeksport Malaysia telah dicemari oleh kedudukan Tahap 3 sebelum ini dalam laporan TIP walaupun isu buruh paksa bukan isu yang meluas dalam kalangan semua industri dan syarikat di negara ini.
"Peningkatan kedudukan dan usaha berterusan untuk meningkatkan lagi kedudukan Malaysia dalam TIP pastinya akan meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih baik sekarang untuk meneruskan perjanjian perdagangan bebas dengan AS dan rakan dagang utama lain, yang menjadikan peruntukan terhadap buruh yang ketat adalah sebahagian daripada perjanjian perdagangan bebas," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#FMM
#industri tempatan
#buruh paksa
#perjanjian perdagangan bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan