Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mendakwa bahawa penipuan dalam nasionalis sekular adalah lebih hebat berbanding penipuan dalam Syiah.
“Jika ciri utama Syiah disebut oleh beliau sebagai menipu, maka nasionalis sekular pun tidak kurang menipu berbanding Syiah.
“Tidakkah menipu namanya apabila mewar-warkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun di dalam masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut?” katanya dalam sebuah kenyataan pada Selasa.
Kata Nik Aziz, adalah satu penipuan apablia seseorang itu bermegah-megah dengan binaan masjid yang banyak dan indah tetapi tidak berusaha mendaulatkan hukum Allah.
“Hakikatnya, nasionalis sekular lebih hebat menipu berbanding Syiah. Syiah ialah musuh yang sudah muncul sejak berbelas abad,” jelasnya.
Sambil tidak menafikan betapa bahayanya Syiah, Nik Aziz berkata, adalah menjadi tanggungjawab para ulama untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah.
“Alasan untuk mengingatkan masyarakat tentang bahaya Syiah ialah agar umat Islam tidak berpecah belah.
“Saya sokong bahawa Syiah tidak wajar wujud di negara ini… namun dengan meletakkan alasan agar umat Islam tidak berpecah belah menampakkan pemimpin berkenaan masih kabur dalam terang,” kata Nik Aziz.
Dalam pada itu, Nik Aziz menyelar tindakan setengah golongan yang mendakwa manusia boleh disatukan dengan seruan kebangsaan.
Menyifatkannya sebagai ‘khurafat moden’, kata beliau manusia hanya boleh bersatu dengan Islam.
“Usahlah disebarkan khurafat moden bahawa merekalah satu-satunya tempat untuk Melayu bergantung,” katanya.
Kata Nik Aziz lagi, ‘serangan’ terhadap Syiah itu sebenarnya ditujukan kepada ‘parti lawan’ yang didakwanya semakin mendapat sambutan.
Kata jika benar ingin membasmi Syiah, beliau menggesa supaya tangkapan dilakukan dan tidak perlu berdolak-dalik.
Isu Syiah sekali lagi menjadi perhatian apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu lalu, meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan ke atas Mohamad Sabu yang didakwanya pengikut ajaran Syiah.
Dalam ucapannya sebagai Naib Presiden UMNO semasa menggulung perbahasan pada perhimpunan parti itu, beliau mendedahkan bahawa Mohamad adalah seorang pengikut ajaran Syiah.
Haider Yutim
Tue Dec 10 2013
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Pas dijangka pinda pelembagaan, libatkan keahlian bukan Islam
Pas dijangka membuat beberapa pindaan perlembagaan antaranya melibatkan keahlian individu bukan Islam menyertai parti itu sebagai ahli bersekutu, pada Muktamar Pas ke-70.
Pilihan Tun Mahathir tidak tepat - Mursyidul Am Pas
Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menganggap pilihan Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) sebagai tidak tepat.
Pas tidak terdesak kerjasama dengan UMNO - Mursyidul Am
Sejak 1951, Pas sudah melalui pelbagai tekanan selain pernah berjuang secara solo selain berpakat dengan gabungan lain dalam pilihan raya.
Enam tahun berlalu... Nik Omar kenang pemergian ayahanda, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz
Anak kedua Allahyarham, Nik Omar hari ini memuat naik nukilan di laman Facebooknya mengenai pemergian ayahandanya yang tercinta itu.
Gencatan politik: Pas sokong usaha jernihkan politik negara, harap tidak timbul masalah baharu
Pas berpendapat, ia merupakan petanda ke arah kebaikan, demi meletakkan hala tuju politik yang selari dengan perlembagaan negara.
Isu klip video intim: 'Azmin perlu bersabar' - Mursyidul Am Pas
Pas mengambil pendirian tidak akan campur tangan dalam isu berkenaan dan percaya jika perkara itu fitnah, maka mereka yang terlibat akan menjawab di mahkamah Allah SWT kelak.
Pas maafkan UMNO demi agama - Mursyidul Am
PAS memaafkan UMNO berhubung segala keterlanjuran parti itu yang terdahulu, demi agama Islam dan kesatuan ummah.
SPRM hanya tanya mengenai Porsche - Mursyidul Am Pas
Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Mohd Nasir Daud hadir ke ibu pejabat SPRM di Kota Bharu, Kelantan dan Kangar, Perlis.
'Keluarga Tok Guru halang Tun M ziarah kubur'
Hajat Tun Dr Mahathir Mohamad menziarah kubur bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak kesampaian.
Bonda tidak izin bertanding - Nik Omar Nik Aziz
Anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar menegaskan beliau tidak akan menyertai Amanah termasuk bertanding pada PRU14.