KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 72 laporan polis berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji di seluruh negara membabitkan tiga agensi pelancongan swasta dengan kerugian RM3.95 juta.
Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata Kuala Lumpur mencatatkan bilangan tertinggi iaitu sebanyak 24 laporan membabitkan kerugian berjumlah RM1,244,500 diikuti Selangor dengan 14 laporan melibatkan kerugian RM404,000.
"Pahang pula merekodkan 13 laporan dengan nilai kerugian RM1,611,500 manakala Kelantan, Johor dan Perak masing-masing mempunyai lima laporan dengan nilai keseluruhan RM556,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Kedah mempunyai tiga laporan dengan nilai kerugian RM48,000 sementara Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan masing-masing merekodkan satu laporan dengan jumlah keseluruhan mencecah RM86,000.
Khamis lepas, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.
Mereka dipercayai menggunakan visa furada, iaitu visa yang diuruskan sendiri tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 12 2022
Kuala Lumpur mencatatkan bilangan tertinggi iaitu sebanyak 24 laporan membabitkan kerugian berjumlah RM1,244,500. - Gambar fail/ Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Penipuan haji: Polis terima 72 laporan libat kerugian hampir RM4 juta
Kuala Lumpur mencatatkan bilangan tertinggi iaitu sebanyak 24 laporan membabitkan kerugian berjumlah RM1,244,500 diikuti Selangor dengan 14 laporan melibatkan kerugian RM404,000.
Bukit Aman kesan penipuan tawar pakej berkaitan ibadah haji tahun 2021
Pakej itu amat meragukan kerana ditawarkan ketika negara masih dilanda wabak COVID-19, serta sekatan pergerakan penuh dikuatkuasakan.