awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/02/2026
10:38 MYT
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan mengaut keuntungan sehingga RM1 juta setahun hasil kegiatan haram itu. - Gambar Jabatan Imigresen
KUALA LUMPUR : Lapan lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia ditahan menerusi Ops Serkap selepas dipercayai terbabit dalam sindiket penipuan kuota pekerja asing yang dikenali sebagai 'Badul', pada Rabu.
Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan mengaut keuntungan sehingga RM1 juta setahun hasil kegiatan haram itu.
Dalam operasi di sebuah premis di Jalan Desa Pandan, di sini, Jabatan Imigresen turut mengeluarkan dua saman kepada rakyat tempatan yang bekerja di syarikat terbabit bagi membantu siasatan.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, siasatan awal mendapati syarikat terbabit menyalahgunakan kelulusan kuota pekerja asing yang diberikan khusus untuk kegunaan sendiri dengan menjual, memindahkan dan mengagihkan pekerja asing kepada pihak ketiga tanpa sebarang kelulusan pihak berkuasa.
Menurutnya, setiap urusan dikenakan bayaran antara RM3,000 hingga RM8,000 bagi setiap permohonan.
"Transaksi ini memperlihatkan unsur komersialisasi serta pemerdagangan tenaga kerja asing secara terancang," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Zakaria berkata, modus operandi sindiket itu turut melibatkan penyediaan surat cuti palsu kepada pekerja asing sebagai helah sekiranya mereka ditahan dalam operasi penguatkuasaan.
Selain itu, ujar beliau, sindiket terbabit juga menguruskan pembebasan pekerja asing yang ditangkap dengan mengenakan bayaran tertentu, seolah-olah undang-undang boleh dirunding dan dibeli.
"Sindiket ini turut bertindak sebagai orang tengah dalam urusan pembaharuan pas kerja dan visa dengan bayaran tertentu tanpa kebenaran pihak berkuasa," katanya.
"Hasil siasatan lanjut mendapati sindiket berkenaan aktif membekalkan pekerja asing tanpa kelulusan pihak berkuasa di seluruh Semenanjung Malaysia, sekali gus mencerminkan penyalahgunaan sistem imigresen negara secara terancang," ujarnya.
Dalam serbuan itu, Zakaria berkata, pihak berkuasa turut merampas 22 pasport Indonesia, 20 pasport Bangladesh, lima pasport Pakistan dan satu pasport India.
"Kita turut sita 497 keping i-Kad pekerja asing, 38 kad CIDB, wang tunai berjumlah kira-kira RM13,000 serta pelbagai dokumen dan peralatan yang dipercayai digunakan bagi memproses permohonan pekerja asing secara tidak sah," jelasnya.
Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#sindiket penipuan kuota pekerja asing
#ops serkap
#sindiket Badul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan