KUCHING: Suspek utama kes bunuh kanak-kanak berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jie, dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Kedua-dua suspek yang berusia 51 dan 37 tahun, Ling Kok Liang dan Wendy Chai Xue Zhen, merupakan penjaga kanak-kanak yang pada mulanya dilaporkan sebagai hilang itu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh Eric antara 4 dan 7 Mac lalu di Jalan Bintawa di sini.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.
Mahkamah kemudian menetapkan 9 Mei depan sebagai sebutan semula kes sementara kedua-dua tertuduh akan direman sehingga tarikh berkenaan.
Pasangan suami isteri yang hadir di mahkamah dengan pakaian lokap itu tidak diwakili peguam.
Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya Tan Chuan Yi.
Berdasarkan fakta kes, pada 7 Mac lalu, ibu mangsa, Dynasty Chang Ka Hui, 25 tahun, melaporkan kehilangan anak sulungnya itu di Balai Polis Bintawa.
Bertindak atas laporan itu, polis menahan empat suspek termasuk ibu bapa mangsa serta pasangan penjaga bagi mendapatkan keterangan.
Pada awalnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 sebelum diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Polis Kuching kemudian menahan reman pasangan penjaga untuk siasatan lanjut sementara ibu bapa mangsa dibebaskan.
Terdahulu hari ini, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah memberitahu, Eric sebelum ini pernah dihantar untuk dijaga oleh tertuduh iaitu sejak 21 Februari lalu.
“Dia (ibu Eric) hantar pada 21 Februari sebab semasa itu si ibu sakit, terpaksa dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan bapanya kemalangan.
"Maka, mereka tidak sihat pada masa itu dan meminta penjaga untuk menjaga Eric. Difahamkan juga, mereka adalah rakan kenalan,” katanya pada sidang media di IPD Kuching.
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Mar 31 2022
Wendy Chai Xue Zhen dan Ling Kok Liang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh Eric antara 4 dan 7 Mac lalu di Jalan Bintawa di Kuching. - Foto Astro AWANI
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Penjaga, suami didakwa bunuh Eric Chang
Kedua-dua suspek yang berusia 51 dan 37 tahun merupakan penjaga kanak-kanak berusia empat tahun itu.
Di mana mayat Eric Chang?: Reman pasangan penjaga dilanjut
Polis telah melanjutkan tempoh tahanan reman pasangan penjaga kanak-kanak berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jie yang dipercayai dibunuh dan dilaporkan hilang sejak 7 Mac lalu.
Di mana mayat Eric Chang?
Eric Chang, 4, yang dipercayai dibunuh dan dibuang mayatnya di sebuah jeti di Kampung Muara Tebas, masih tidak dapat dijumpai.