awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Normal baharu: Penjaja guna alternatif jana pendapatan meskipun tiada bazar Ramadan

Bernama
Bernama
20/04/2020
00:59 MYT
Normal baharu: Penjaja guna alternatif jana pendapatan meskipun tiada bazar Ramadan
Tapak Bazar Ramadan Kampung Baru yang sinonim dengan masyarakat ibu kota tidak lagi dibenarkan beroperasi untuk tahun ini, 18 April, 2020. --fotoBERNAMA
Ketiadaan bazar Ramadan pada tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19 bukanlah halangan untuk para peniaga meneruskan perniagaan apabila mereka kini beralih kepada perniagaan secara dalam talian bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Meskipun tidak sampai seminggu lagi menjelang bulan Ramadan, namun rata-rata peniaga dan penjaja sudah bersedia dengan cara alternatif mereka tersendiri bagi menjana pendapatan dan menyediakan juadah berbuka puasa serta sahur.
Penjaja kuih-muih dari Klang, Selangor, Masthorah Ardi, 53, kini menggunakan perkhidmatan ambil sendiri (self-pick up) dan penghantaran makanan yang dilakukan oleh anak lelakinya dari rumah kepada pelanggan.
Akur dengan keputusan kerajaan yang membatalkan bazar Ramadan, ibu tunggal itu tetap mencari jalan lain untuk menjana pendapatan bagi menampung perbelanjaan tiga anaknya, termasuk seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU).
"Duit bantuan (Bantuan Prihatin Nasional) yang kerajaan bagi itu belum tentu cukup sampai hujung puasa," katanya kepada Bernama.
Bagi Siti Marsyitah Abdullah Sahad, 34, yang mengusahakan perniagaan 'food truck', beliau tidak kisah jika tidak dapat menjalankan perniagaannya pada bulan Ramadan tahun ini kerana mempunyai perniagaan sambilan iaitu mengusahakan butik secara dalam talian.
"Saya mempunyai rancangan sandaran, kadangkala saya akan memasarkan perniagaan Butik Online ketika berniaga 'food truck' kepada pelanggan dan sambutannya amat menggalakkan.
"Jadi saya tidak risau sekiranya tidak dapat menggerakkan 'food truck' kerana saya mempunyai butik dalam talian yang diusahakan bersama adik saya untuk pakaian Aidilfitri," katanya yang berasal dari Putrajaya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKM) Mohamed Zamri Mohammed berkata pihaknya meneruskan pelaksanaan platform 'Warong Digital' di seluruh negara bagi memudahkan pelanggan mendapatkan juadah berbuka dalam talian.
"Di Wilayah Persekutuan misalnya, kami mendapat kerjasama daripada syarikat penghantaran dan perkhidmatan 'runner' untuk membantu para penjaja menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan sekali gus menggantikan bazar Ramadan.
"Walaupun mereka tidak dapat berniaga secara besar-besaran di tapak, sekurang-kurangnya platform ini dapat membantu mereka menjana pendapatan ketika bulan Ramadan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#bazar
#buka puasa
#COVID-19
#menjana pendapatan
#normal baharu
#OKU
#peniaga
#Ramadan
#rumah
#sahur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan