SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah lebih RM1.4 juta, pada 2021.
Tertuduh, M. Karthikesan, 44, didakwa memberikan dokumen palsu atas nama syarikat, Profit Sonata Sdn Bhd., bertarikh 4, 20 dan 26 Mei serta 21 Jun 2021 kepada seorang pegawai Perkeso bagi menuntut insentif di bawah program itu berjumlah RM1,448,240.
Dia dituduh dengan niat memperdayakan Perkeso dengan dokumen tersebut mengandungi pernyataan palsu tentang borang pengesahan itu sedangkan senarai pekerja dinamakan dalam dokumen tersebut bukan pekerja syarikat berkenaan.
Karthikesan didakwa melakukan perbuatan itu di Wisma Perkeso Petaling Jaya antara 22 Mei dan 25 Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai butir matan palsu itu atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Rozilah Salleh membenarkan tertuduh diikat jamin RM70,000 dan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 13 Feb depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Fadhly Mohd Zamry manakala tertuduh diwakili peguam, S. Vijaya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023

Hakim Rozilah Salleh membenarkan tertuduh diikat jamin RM70,000 dan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah. - Gambar hiasan

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.

Pemilik syarikat didenda RM200,000 palsukan dokumen Penjana 2.0
Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohd Azmi Mat Sah, 55, selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan.

Penjana: Ahli perniagaan didakwa buat tuntutan palsu lebih RM1.4 juta
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0.