ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada 5,600 kakitangan awam dan anggota pentadbiran di negeri itu.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika membentangkan Belanjawan Negeri Kedah 2024 di Wisma Darul Aman pada Ahad.
Menurut beliau, peruntukan bagi bantuan berkenaan adalah berjumlah RM10.8 juta, dan pembayarannya akan dibuat bermula Disember 2023 sehingga Mac 2024.
Tambahnya, bantuan itu juga adalah bagi menghargai dedikasi serta komitmen tidak berbelah bagi kakitangan awam dan pentadbiran negeri dalam menyokong dan melaksanakan setiap dasar, program dan projek yang dirancang demi mensejahterakan negeri Jelapang Padi itu.
Muhammad Sanusi turut mengumumkan Bantuan Khas secara sekali beri akan diberikan kepada imam lantikan Negeri, Pengerusi Majlis Ketua Kampung dan Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) pada Mac 2024 sebagai bantuan Hari Raya, di mana kadar bantuan itu akan ditentukan kelak.
"(Bantuan ini melibatkan) 5,600 penjawat awam (di Kedah) dan kita (juga ada) peruntukan untuk imam, MKK, Ketua Kampung, (selain) guru KAFA (juga) ada tetapi kita tidak akan bayar (kepada mereka) yang bertindih dengan (bantuan peringkat) Persekutuan,
"Kalau (Kerajaan) Persekutuan bagi, kita tidak bagi, kalau satu (individu) itu dapat dua kali, (itu) tidak boleh, kita akan tengok Persekutuan bagi ke tidak, kalau bagi kita tidak (akan) bagi," katanya.
Abd Hadi Che Awang
Sun Nov 26 2023

Muhammad Sanusi berkata, peruntukan bagi bantuan berkenaan adalah berjumlah RM10.8 juta, dan pembayarannya akan dibuat bermula Disember 2023 sehingga Mac 2024. - Gambar/ SUK Kedah
Ford henti eksport kenderaan ke China
Ford menghentikan penghantaran beberapa model kenderaan ke China akibat cukai balas sehingga 150%, dengan langkah ini dijangka menjejaskan keuntungan dan harga pasaran.
Iran sedia runding jika AS realistik
Iran menyatakan kesediaan mencapai perjanjian nuklear dengan AS jika tuntutan tidak melampau dikemukakan, dengan sokongan Rusia dan kemungkinan lawatan ke China oleh diplomat Iran.

BeDaie: Suara ilmu dari Kota Bharu bergema di Amerika Syarikat
Platform itu membawa misi menyebarkan ilmu dan cahaya Islam ke seluruh dunia, walaupun bermula dari sebuah pejabat sederhana di Kota Bharu.
AWANI Ringkas: Peluang Malaysia rombak strategi ekonomi - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pemandu kereta rentung kenderaan terbakar di Lebuhraya Utara Selatan
Kemalangan berlaku di KM65.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara malam tadi, membabitkan sebuah kereta terbabas melanggar pembahagi jalan.
#AWANIRingkas 19 April 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 April 2025
1️⃣ Peluang Malaysia rombak strategi ekonomi - PM
2️⃣ UITM diminta teliti pedagogi - Zambry
3️⃣ Taklimat pembangunan rumah dalam 2 minggu - Amirudin
#awaniringkas
1️⃣ Peluang Malaysia rombak strategi ekonomi - PM
2️⃣ UITM diminta teliti pedagogi - Zambry
3️⃣ Taklimat pembangunan rumah dalam 2 minggu - Amirudin
#awaniringkas
Energy Asia 2025
Delivering Asia’s Energy Transition

178 ditahan serang KFC di Pakistan
Serangan itu yang didorong oleh sentimen anti-AS dan penentangan terhadap sekutunya, Israel, dalam perang yang sedang berlaku di Gaza.
AWANI Pagi: Deepfake: Ancaman baru terhadap wanita
Teknologi deepfake kini menjadi senjata digital baharu. Mengeksploitasi wajah wanita untuk tujuan yang memalukan dan berbahaya. Apa perlindungan undang-undang yang ada? Apa peranan kerajaan? Saksikan perbincangan eksklusif bersama YB Syerleena Abdul Rashid dalam #AWANIPagi.

COVID-19: Trump lancar laman web, tuduh China, kecam WHO, Biden, Fauci
Laman web itu mendakwa wabak itu berpunca daripada kebocoran makmal di China.

Penjawat awam di Kedah dapat bonus RM2,000
Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada 5,600 kakitangan awam dan anggota pentadbiran di negeri itu.