awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000

Bernama
Bernama
21/01/2025
10:30 MYT
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada pukul 4.30 petang semalam ketika memberikan keterangan di Pejabat SPRM negeri Perlis.- Foto Bernama
KANGAR: Seorang penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan negeri ini direman enam hari bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru berjumlah RM132,000.
Menurut sumber perintah reman hingga Ahad ini dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
"Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada pukul 4.30 petang semalam ketika memberikan keterangan di Pejabat SPRM negeri," kata sumber itu.
Sumber SPRM itu memberitahu lelaki yang berperanan mengumpul dokumen saudara baru dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan melibatkan 49 mualaf dari 2022 hingga 2024.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#direman enam hari
#tuntutan palsu
#SPRM Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan