awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam direman, disyaki terima rasuah RM2,500 bantu selesai kompaun PBT

Khalis Khadir
Khalis Khadir
18/03/2025
15:50 MYT
Penjawat awam direman, disyaki terima rasuah RM2,500 bantu selesai kompaun PBT
Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada Jun 2024 sebagai dorongan untuk membantu seorang pemilik rumah menyelesaikan kompaun kerana ubah suai rumah tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam direman enam hari sehingga 23 Mac ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,500 sebagai balasan membantu menyelesaikan kompaun ubah suai rumah.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan di Mahkamah Majistret Seremban pada Selasa.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 30-an ditahan jam 2 petang Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.
"Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada Jun 2024 sebagai dorongan untuk membantu seorang pemilik rumah menyelesaikan kompaun kerana ubah suai rumah tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Suspek disyaki menerima rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadinya," katanya.
Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan